Rimas.

erm. ntahlah. nad tak suke sgt org yang jd org ketiga.. ntah. kenapalah orang boleh terpikir nak jd org ketiga ek. 
bak iin kate, bile dah nak tu.. tak bleh wat mende dah. but that, SELFISH!

tapi tu lah. bagi nad, sume tu kite yang kawal. But yang pastinya, Jodoh tu di tangan Tuhan. Pasti ade Qada' dan Qadarnya. seketika, kita berada di atas, tp takkan selamanya kite berada di atas. ade kalanya, kite akan berada di bawah dan melihat org yang di atas. 

"What u give, U get Back", i alwais remember that. ape yang kite buat kat orang laen, mungkin suatu hari nanti kita akan dapat balek mcm org laen buat kat kite. Nadia seorang yang berfikiran terbuka je, tapi andaikata tentang hak wanita dan kesengsaraan wanita sbb kecurangan ni. agak ssh nak terima. coz nadia skrg mudah rasa kesian kat orang.


Kebahagiaan di atas air mata wanita laen, takkan bahagia. Bahagia yang tak kekal mungkin lah kot. Nadia takot nak kate kat orang, tapi nadia slalu berdoa agar nadia takkan kacau rumahtangga orang dan takkan lukakan hati orang. Nadia ada ramai kawan-kawan yang terluka sbb orang ketiga. Nadia tau sedih. jadi, nadia arap, kawan2 nadia pun takkan rampas kebahagiaan orang laen. Banyak lagi kebahagiaan lain yang ade.

bila perkara ni terjadi, nadia tak suke, tak bleh terima. Kebahagiaan dan kepura-puraan, semua di mata nadia. Nadia lagi tertekan. Yang pastinya, ALLAH Maha Adil. Nadia tahu tu. sekarang ni, nadia arap, nadia akan okei. 

Nadia arap, abg aiman kesayangan @ en Teddy, akan sygkan nadia sampai bile2. Nadia berserah segalanya pada Tuhan. Andai dia setia, nadia setia, jodoh kami ada, maka kami akan bersama.

~ Aje tau segalanya. org takkan tahu sptmana yang aje tau. ~

nak kaitkan dgn diri sendiri pulak. dulu hampir terjebak beberapa kali dah dalam cinta tiga segi ni. dulu mrsm. mktb ni. yang kat maktab tu. Tapi nadia tau, merampas kebahagiaan org laen tu salah. jangan melebihi garisan yang dibuat. nadia malu nak jd org ketiga. jadi kawan-kawan, beringatlah slalu. bila terseksa skrg, Jodoh masih bukan milik kita, namun, apabila diberi kebahagiaan, Kita akan bersyukur sgt. sampai sebak dan terharu dengan apa yang Dia balas kepada kita di atas kesabaran kita tu. 

perjalanan hidup kita ni panjang.. Kita takkan tahu hujung pangkalnya. wallahualam.. 

nadia tak cakap pasal sapa2 just mengingatkan diri dan rakan2..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

FaceBook Jahat!!!

 

ade je org tagged-tagged gambar kite camni.. geraaam taw.. mcm virus je..

 
Tak sukeeee.... Tak sukeeee....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Oh Dunia ini..

Kadang kalanye terpikir jugak tentang dunia ni.. tadi dlm FB, anas ade cakap mcmni : "what the harmony world....fahrin saman linda onn di mahkamah.....kurang menarik perhatian ku.....ustazah bertumbuk dan kejar guru matematik berumur 24 tahun..di padang sekolah.....suatu pencapaian baru dalam dunia pendidikan,,,,kearah melahirkan generasi yg lebih aktif dan semangat pejuang...."

Ya Allah.. malunye cikgu duk wat perangai mcmni... Sgt2 tak matang guru-guru sekarang.. bile berada dalam profesion ni, barulah trase semua ni.. bias terasa juga even baru digelar guru pelatih.. kenapalah guru-guru sekarang jadi mcmtu. pada hal masing-masing tahu berada di dalam profesion yang sama. 

apa nak jadi. kenapa ibu bapa sensitif sgt kalau hanya guru hanya mahu mengajar murid shj. Mintak simpang la dapat jumpe ibu bapa mcmtu.. tapi apakan daya. berada di bidang ni, skali kita pilih, takkan kita dapat lari lagi..tanggungjawab. Akauntabiliti seorang guru. perlu di ambil kira. jadi nanti, aku mungkin akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia lagi. 

Semenjak masuk tahun 2010 ni, semester 5 ni.. makin lame, makin membuatkan aku jadi seorang yang lebih matang dalam pemikiran ni. maken menerima titik perubahan yang ketara. secara tak sengajanye, aku sgt2 mengambil kira setiap kata-kata Dato' Pengarah kita. Pasal perubahan. tanggungjawab dan pelbagai lagi.
"Tanpa perubahan, Tiada kemajuan", ye. aku akan terus ingat kata2 tu. sekarang, semangat aku untuk menjadi seorang guru maken meluap2.. Apalah gunanya kita belajar selama 5 taun setengah andai menjadi guru yang langsung tak bernilai dan berguna untuk bangsa dan negara.. 

Janganlah kita menjadi guru KUTU, yang tak berguna dan hanya nak mencekik darah (gaji). jadi, tingkatkan prestasi kita untuk melahirkan murid-murid yang berkualiti. Bersyukurnya aku kerana menjadi warga pendidik. Bersyukurnya aku kerana diberikan peluang ini.. Semoga harapan dan semangat aku ini takkan pudar. Namun, sentiasa kuat dan tegar menghadapi pelbagai kesulitan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

kalau betul..memang kerajaan zalim

PUTRAJAYA, Jan 8 - The mechanism for fuel pricing in Malaysia has finally been finalized and controlled under one mechanism, which also takes the high and lower income group people into consideration, according to Finance Trade Minister Tan Sri Anuar Ali.

"From May 1, the fuel will be pegged at RM 3.90 per litre for RON97, while RON95 will increase to RM 3.70 per litre. However, the prices of national-made vehicles will be lowered by at least 40 percent. For example, a full-spec family sedan Proton Persona 1.6 litre engine will cost around
RM 23,000.00 excluding road tax and insurance. Import tax and excise duty will be revised to only 30 percent, from the current 200 percent.

Imported vehicles such as the new Toyota Camry 2.4 litre engine will cost around RM 65,000.00." he said. The mechanics has been said to be undertaken by a team of experts from Australia and Canada who were earlier briefed on the issue of subsidy in this country, whereas after consideration by the transport minister, they have signed the constitution that the system will be made on May 1, the day it goes into effect. Under the new system, there will be a major effect on the existing consumers who have already purchased a vehicle and to those who are inthe midst of repaying the loan of their vehicle to their financial institutions.

Ahmad Tajuddin said the government might also re-introduce a cash return annually to Malaysians who own a 1,500 cc and below vehicle. The amount have yet to be decided but he assured that the amount will compensate the price of fuel by at least half to eligible Malaysians based on bumi quota.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

13 February & 14 February..

 rase sgt berdebar nak tunggu tarikh ni... i'm waiting..
♥♥
arini 30 hb 1.. maknanya, baru 26 hari duk kat maktab.. uuhh..lambatnye mase berlalu... rindu sgt kat mama n ayah..

td kol mama..mama ngadu pasal abg lagi... Ya Allah.. bukakanlah pintu hati abg tuh.. ssh sgt ke nak jd anak yang baik.. pelik dgn dunia ni.. ssh nak cari lelaki yang benar2 bertanggungjawab n berdikari skrg..

ima n faiz lak.. arini meka g Voice over tuk kartun "Tadika", waa.. congrates dik coz terpilih.. nnt cerita kat kakya taw pengalaman.. ima kalau tak silap, dapat watak anis, role utama, adik faiz dapat watak shaifudin..
tanx to ainun for the offers.

nad berdebar lagi.. huhu.. ntah nape..

mama, yaya rindu mama.. jgn cedeyh2 ye syg.. 
ayah..ya windu anak2 kambing kite.. si puteh yang comel. n anak2 sedaranye..
:)

banyak sgt nk tulis ni. tp banyak keje sgt skang..
nanti nak praktikum lagi..
aduhaaai..

tp nadia cannot give up..
hope kawan2 juge mcmtu..

nk tito jap. take some rest dulu..
edit gambor lame. gatai nak letak pic.. 
amik nih!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Harga sebuah kasih sayang





SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur. Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan.

Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu,tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula. "Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran.

Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya. Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang." Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.

Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.
"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya. Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.

Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya. "Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor. "Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva. Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah. "Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan. Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak. huhuhuhuhuhuhuhuhu

MORAL OF THE STORY: Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita.....Ibu bapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti...jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan!
"





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pahala Terakhir Seorang Isteri

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya mengalir di pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan darpada Allah.

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba dipupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.


Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tidak keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumah tangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.


Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.


Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayani Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumah tangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.


Sebagai seorang pekerja yang juga sibuk di pejabat, ada kalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah dalam keluarga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.


Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapapun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang, saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah, Penat dan letih tidak dapat digambarkan.


Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau-senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-rnasing penat.


Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang hati saya dan anak-anak menyetujuinya.


Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada lagi hari untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu.

Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan dan mengantuk segera lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.


Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.


Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dengan kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya, dan saya tidak sempat bertemunya.


Meskipun reda dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.


Sabda Rasulullah s.a.w; "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."


Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir di pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya... semoga Allah perkenankannya.



Hamba Allah....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Usah pisahkan kami.

Trciptanya kita terciptalah rasa Tercipta cinta, tercipta rindu Tercipta episod pnuh brwarna antara kau & aku Trasa sgalanya sempurna tnpa cela Lihat dari hati bukannya diri Bagai putri mnanti putera kasih antara kita Walau dipukul kuat ombak cinta Melayang jauh seketika Kembali kerna prcayakan kita Trasa bgai dongeng kisah asmara Berputik kita kerna rasa Kasih yg tercipta antara kita..

 


...setiap hari..aku ingin memuji Ilahi atas kesyukuran di hati.. aku rase dia yang aku cari. tp sekarang jodoh je menentukan kami. aku bermohon padaMu.. permudahkanlah kami...smoga dapat restu mak ayah kami.. restu drp arwah mamanya.. aku slalu merindui mamanya.. even tak sempat nak bemanja.. tp cukuplah aku mengenalinya buat seketika.. n aku berjanji pada diriku sendiri, akan menjaga dia dan adik2 sebaek2 yang mungkin..

.... kenapa aku tak cari bf dlm maktab je? jauh mencari.. dulu setiap kali berjalan ke.. even tgk org lalu lalang pun aku kan berkata, siapalah suami aku nanti.. mungkinkah dia? mungkinkah org tadi? ke yang kat depan tu.. erm.. tula.. aku mmg kuat berfantasi.. tgh berjalan pun boleh agi duk pikir mcm2.. 

....skarang..aku temui seorang yang boleh serasi dgn jiwa aku.. my tagline dlm hidup ni.. CINTA ITU SUATU TANGGUNGJAWAB.. sbb tu dulu sgt susah nak terima cinta.. mungkin sbb takut dipermainkan kot..  lelaki mudah je nak.. mudah sgt nak kate tanak.. ssh sgt  nak percayakan lelaki sebenarnya.. tp skang aku percaya pada org yang percayakan aku..

 .... sayang.. sgt susah berkata syg.. melayang jauh pada pengalaman lalu.. perkataan sayang sgt bermakna buat aku.. dulu dia terlalu ingin mendengar kata syg itu.. lepas 6 bulan baru dapat.. aku katekan bila ia benar2 hadir.. aku tak mengatekan bila aku tak mampu.. aku menguji kesabarannya dahulu..sebelum membenarkan hati ini menjadi miliknya. 

.... jeles? jeles jugak kdg2 melihat couple kat maktab nih. asik berdua je.. tp aku? bf jauh.. dia slalu kate.. "yang, awk kena kuat..". ye syg.. ya sentiasa kuatkan diri. aku sentiasa berkata pada diri sendiri.. berdua or nak berkepit lepas kawen, lg baik.. better jauh.. menguji hati.. menguji kesabaran dan kekuatan.. asas pada masa depan.

... perasaan cemburu dia dgn org laen, tak wujud.. ntahla kenapa.. mungkin kerana aku percaya padanya. tp skali dia saje buat2 jeles..mmg la.. hati terusik, air mate la jd penawarnya.. aku tahu di mana tempatku di sisimu..siapa lagi lebih mengetahui mu slaen ku? kau tak pernah jauh dariku..

....aku mahu bersamanya. setiap mase dan ketika. susah atau senang... jgn pisahkan kami.. bukan senang untuk membina cinta ini.. hampir 3 taun suda.. jiwa maken sebati. niat kami same. cinta kami ikhlas.. berjumpa pun staun sekali atau dua kali.. ingat mudahkah nak melalui semua tu.. jd satukanlah kami..

....Allah Maha Adil... aku percaya dgn janji Allah.. aku bermohon sellau.. Hanya Dia dapat menolong kami.. andai niat kami baek, dan jodoh kami ada.. tiada apa yang dapat memisahkan kami. 

emanadya. 143. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Selamat Tahun Baru.. 2010...

arini dah ari keempat dah taun baru...
budak2 pon da stat sekolah...
nad baru nak wish...
kehidupan yang bizi sgt skarang..
bz dgn diri sendiri..

banyak bende yang berlaku..
tp tak sempat nak tulis dalam blog...
xcited nak gtaw dlm blog..
tp slalu lupe..

nanti nad lg jarang online..
sbb dah nak terminate broadband..
wireless maktab hampeh..
blok byk bende...

arini tak abis kemas lg..
tak mo pakse diri...
wat slow2...

tak sabar nak taun baru cine..
nak cuti lagi..
tu je leh wat nad hepi...

about my love..
teddy bear maken mulat ni..
miss him madly...
tp rasenye tahun ni kami takkan dapat berjumpe...
hingga hujung tahun ni..
agak sedeyh gak la..
tp harus tabahkan hati...
penat merindui.. tp tak penah letih drpd mencintai..

biar susah sekarang...
senang kemudian...

about femeli...
ima arini buat tumis sawi.. tapi rase pahit plak..
kelakar.. but...
sebenarnye kalau memasak tak jadi..
tak kisah pun... biaselah tu..
belajar...
belajar daripada kesilapan..
n practise make perfect...

merindui keluarga seperti biase..
cube berfikiran matang lg..

everyday, nad akan tulis rindu kat mama n syg kat mama...
n mama akan balas... " sayang kakya jugak.."...
ayah plak.. lepas kol akan ckp i love u...
nad akan cakap.. "i love u tooo"
hurm... mcmane nad takmo jatoh hati kat meka...

jd, moral of the story...
selalulah berkate sayang kepada org yang kite sayang..
terutama anak2... anak2 akan terase lebih dihargai....

k.. ngantok da.. arap2 esk rajen blogging.. esk maw kemas sampai abes...!!!!
chayok2!!!!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Related Posts with Thumbnails