Selamat Hari Lahir ke 22 Mr Teddy sayang..

Selamat hari lahir sayang.. Aiman Bin Hamidon.. pada 24 May yang lalu... very happy.. maseh lagi bersama dia. Tahun lepas, merupakan tahun yang banyak menguji dia. tapi alhamdulillah. dia dapat hadapi juga dgn sabar. erm. tapi tahun ni, tak dapat jadi org 1st pon. tapi takpelah. yang penting dia happy.. 

Post ni lambat sket coz i'm hardly to spent a bit time to publish this post. huhuhu. 
my God. oredy 22 years. abg dah tue. takpe. kite tue same2..


Sayang.. ya doakan segala yang terbaek tuk awk.. ya bukan doakan time hari jadi awk je. tapi dah setiap kali sembahyang.. takpe. ya tak yah tulis sini ye..

Pemergian mama abg pon dah setahun dah.. kite doakan dia aman di sana.. yang pastinya ya kat cc awk.
sayang abg.. Semoga kite disatukan dalam iradatNya.. Amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ada hadis rupanya psl sanggul tinggi tu...patut dah jd trend akhir zaman..

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.
Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.



** ni nadia terbace di notes hidayani. hanya menyampaikan kepada sahabat2 wanita di luar sane. smoga ilmu ini bagi kite peluang tuk kite lebih brhati2 kelak. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mama selamat hari Lahir!

Mama... 
Selamat hari lahir yang ke 49...
kaseh sayangmu tiada tandingan ma..
mama. yaya windu mama..
i dont know what to do if i lost u..
u are the best mom in the world..
even kite slalu gadoh kat umah..
huhu..
tp yaya baek kan? kan?
huhu..
mama... tanx for being my mom..
Hanya Allah je dapat balas segala kebaikan mama..
mom.. I LOVE U...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pesanan Asma’ binti Khorijah kepada anaknya. (pengantin baru)

"Sesungguhnya engkau akan keluar dari sarang yang membesarkanmu lalu engkau beralih ke tempat tidur yang tidak kamu ketahui dan pendamping yang kamu tidak pernah bergaul denganya. Maka jadilah engaku sebagai bumi baginya agar ia menjadi langit bagimu.  Jadilah kamu hamparan baginya agar ia menjadi sendi bagimu.  Jadilah hamba baginya agar dia menjadi hamba bagimu. Janganlah engkau memaksa tuntutanmu sehingga dia membencimu. Janganlah engkau menjauhinya sehingga dia melupakanmu. Jika dia mendekatimu, maka dekatilah dia dan jika dia menjauhimu maka hindarilah dia. Jagalah hidung, pendengaran dan matanya. Janganlah sekali-kali ia mencium dari dirimu kecuali bau yang harum, janganlah ia mendengar darimu kecuali ucapan yanag baik dan janganlah ia memandang darimu kecuali yang indah-indah”.

trase insaf mendengar ayat2 ini... hurm. smoga suatu hari nanti. akan ku jagai segala tingkahku.. dan sentiasa berdoa pada ALLAH.. agar aku akan menjadi isteri solahah buat suami. Insyallah..

pesanan ini diriwayatkan oleh Asma’ binti Khorijah kepada anaknya tatkala malam pernikahan anaknya. Semoga bakal2 isteri akan mengambil iktibar terhadap pesanan tersebut. Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bila anda stresss, amalkan doa ini...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Renungan dari sahabatku - Adibah..

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"



Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

terima kaseh atas ingatan ini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mase untuk STUDY.

4taun dah ku belajar di institut ni..
skang dah mula rasa bosan untuk jawab soalan...

Andaikata BPG buat kami2 ni sbgai ujikaji ibarat tikus puteh..
jadi sebenanya, BPG / IPG juga patut menerima / bertanyakan pendapat kami sbg bahan ujikaji.
untuk penambahbaikan.
Saya akui, saya tak layak untuk memberi pandangan, tp sy beri juge sbb ni blog saye kan? kan?
bg saya, terlalu lama 5taun setengah belajar dalam bidamg perguruan.
belajar teori banyak. tp tak semua apply di sekolah.

bagi saya, bila dah stat praktikum ni. kurangkanlah paper.
mmg akan kurang jugak kan nnt.
tp sem ni kami adew 5 paper. pastu..
nak memberi pendapat tentang praktikum...
silalah bagi mase yang lame terus mcm budak2 u.
setengah tahun last ke.
2taun maktab, setahun sekolah, dan 2taun maktab.
kan best gak tu. tp maksudnya, jangkamasa yang lame sikit.
stakat sebulan, dua. tiga..
hurm.. tak rase ape..

membebel je kan?
huhu. sekarang, waktu untuk study.
saye baru shj dapat buat mende yang saya dah lame pikir.
dah lame plan. jadi saye menunggu mase je.
huhu.
nadia oh nadia.
luse awk exam.
so please..jgn maen2..
jgn hampakan ayah n mama...
saye tau exam mktb mcmne..
jadi saye akan buat sguh2 nnt.

semangat. dtgla padaku.
en teddy juge. awk terlalu bz skg..
bmbg dgn exam awk nnt..
arap mggu ni awk akan setelkan sume keje awk.
n awk boleh fokus pada exam nnt...
awk pun tahu kan.
exam juge penting.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Berkapel. Bertunang. Ade beza kah perasaan tu?

Hurm. bila difikirkan tentang bertunang ni..
indahnye perasaan tu. rase bahagia je.. ( betul ke?)
tapi sebenarnya.. takde beza pun perasaan seseorang tu..
mungkin dari segi tanggungjawab shj yang berubah.
bila sudah bertunang.. pasti kita akan lebih bertanggungjawab terhadap bakal suami atau isteri kita tu.

Tp dari segi perasaan. takde pun satu fakta yang menunjukkan sesudah bertunang itu, berkawen itu pasti..
oouuh. tidak. Jodoh maseh milikNya. ajal maut maseh di tanganNya.
perasaan curang ke ape pon maseh boleh menghantui.
bertunang tak jamin ape2..
same mcm kapel gak.
erm. berbezakah perasaan tu?
teringin nak tahu pengalaman org bertunang..
takde ke org nak bercerita ttg kisah mereka bertunang? huhu

erm. Kpercayaan lah yang paling penting.
mungkin melihatkan sesetengah kisah kaseh yang tak kesampaian,
buat takut nak menghadapi title itu.


Segalanya ku serah pada takdir...
Andai CINTA itu pasti milikku, 
tak perlu ku kejar..
ia akan datang..
bila ia ditakdirkan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Selamat hari Guru

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

formspring.me

Ask me anything...~ http://formspring.me/rajanadia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

MOOD... :*(

Minggu ni dah start exam. fuyooo. kali ni 5 paper.
ari kamis ni start.. ari kamis ni besday mama..
tp tak ade kat umah..
doa dari kejauhan sajelah..
alwais love u ma..

confession pertama : saye rindu dia.
huhuhu...rase nak nanges...
slalu tgok gambar2 kami bersama..walaupun tak banyak..
penyaket rindu yang takde ubat...

org senang je kate ape pun sbb meka tak rase apa yang nad rase..
ape yang nad lalui?
owh. meka tak rase..

confession kedua : sgt malas study.
tp pegang gak buku sket2 ni.
chaiyok2..

skang ni mood tak stabil.
selera makan pun tak stabil.
ape nak jadi..

saye rindu waktu dulu..
kenapa rase waktu dulu lagi bahagia dari skrg eh?
saye berubah ke?
erm..

Ya Allah.. temani aku dalam perjalanan ini..Ya Allah..
kuatkan hatiku...Hanya kepadaMu tempat aku mengadu...

*dia dapat bini baru nnt. black saga..
congrates..saye bangga dgn dia..
knpe? sbb dia seorang yang berdikari...
sy syg dia. knpe?
sbb dia org pertama yang menyentuh hati sy..

* dalam pencarian ini..apa yang kita cari?
dalam kehidupan ini, banyak yang perlu kite tempuhi...
kadangkala, kita lalai dan alpa..
kadangkala kita tak sedar..kite telah menyakitkan org lain.
kadangkala.. kite lupa.. segala kaseh syg yang pernah ada..

*nadia mau study. nadia rindu. nadia oh nadia. dah la. fikir ttg study dulu.

ingat ALLAH.. Ingat Allah.

semoga org laen sentiasa bahagia dan diredhai ALLAH...
smoga mama n ayah bahagia juge di rumah..
serta insan tercinta. Aiman..
semoga awk bahagia selalu....

Cik Nad..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

NuffNang. Money oh Money~

org owez ckp pasal nuffnang.. dpt duet la.. mmg ade yang dpt smpai berthousand2 sebulan.. sbb nuff tu..
tp masalahnye. nad tak reti pun nak letak. huhu.
huhu.. penah ade. tp dulu dah terdelete dah..
tu pun mr teddy yang letakkan..
melihatkan keadaanye yang sgt2 bz..
mmg takkan letak la nuff tu..

jadi..sape2 yang baik hati.. bgtau la. kod ape nak kene amik.
ekceli tak explore abis pun agi.

minggu depan exam.
20hb5. start 1 st paper. Budaya dan Pembelajaran.
sape ade spot leh bg.

hurm..
mau start study esok. smoga semangatku dtg..
Chaiyok2 kawan2.

rindu mr teddy.
hurm..
Rindu tak tertanggung dah.
tu lah salah satu yang tensyennye.
nak jumpa. tp ikut jodoh je.
REDHA. tu je leh kate.

Take care semua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Dosa-dosa dan FACEBOOK

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.



Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.


Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.



Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.



Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.



Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.



Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.



Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.



Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sin ( http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=99)



3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.



Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.


5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.



Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).



Ini boleh menjadi dosa, kerana :-



a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan



Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.



Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.



Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.





KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/

Credit to : Nurul Nadiah Nordin :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

*Air Oh Air* I Love U!

oowh..tidak....
air takde... nilah masalah utama di ipg afzan ni...
takde air...

seksa hidup tanpa air..
sgt seksa..
air sgt berharga..
tambah2 time kecemasan.. 

dibuatnye nak. tuuuuttt...
huhu.. di mana air.
di situlah jawapannye..

sgt ssh nak mandi petang semalam..
sejam setengah tunggu kat bawah..

sempat melayan adamaya kejap.
7.50 baru naik bilik balek.

tp sekarang, air sudah mula naik balik di bilik air wing warden ni.
Suke!.sbb rase bahagia.
sng urusan.
:)

semoga air sentiasa ada..
untuk menjamin keselesaaan.. 

stil have one n half year in IPGKTAA.
Gambate! Chaiyok! Pashaa!

nadia.love.water.love.nature. ;)

Jom same2 jangan bazirkan air lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mama oh mama...

*mood* homesick. i wish i could be at home..
Kecewa dgn sesetengah org yang tak bertanggungjawab dan menyusahkan hidup org lain. (takde otak ke?) geramm..
*mama* jgn cedeyh2.. yaya here..windu ma sgt2..
ni tuk maa...

apakah sebenarnya
terbuku di kalbumu
apakah erti linang air mata di pipimu
ucapkanlah padaku
tak bisa ku rungkainya
rahsia yg kau pendam itu
aku hanya menduga
tidak mampu merasa
sebenar benar perasaanmu
pengorbanan yg kau lakukan
untuk dewasakanku
hanya bisa di tanggung hati ibu

namun ku percaya takkan terlerai kasih
ikatan ini takkan putus oo

aku hanya menduga tidak mampu merasa
sebenar benar perasaanmu
pengorbanan yg kau lakukan
untuk dewasakan ku
hanya bisa ditanggung hati ibu
telah kau telan lara dan terima segala
dugaan dan badai yg melanda
duhai ibuuuu 


*kaseh syg ku untuk ibubapaku melebihi kaseh ku pada sesiapa jua.. *merekalah yang menjaga dan menyayangiku.. *aku bukan sekejam itu.. *aku punyai hati.. jiwa yang didik oleh ibubapaku.. *sesungguhnya aku benar2 mencintai IBU BAPAKU...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cara Membahagiakan IBU BAPA

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.


Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.
 
sumber:narieza.blogspot.com 
 
Credit to : abangraja.blogspot.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Related Posts with Thumbnails