.enggagement. love. no other.

Penatnye...
preparing for my day..
OMG. banyak tul persiapan kene buat..
ayah la paling penat.. mama pulak, penat poket n fikiran la..
nadia? owh.. penat segalanya...
bila ntah nak p tgok homestay. nak p try baju.
hujan je memanjang kat cni.

aiman: miss u a lot.

kami lgsung tak bercintan skrg
masing2 sebok dgn life msing2..
wait for the day je la.
he's the one..
jadi takde kumbang2 laen dah yang leh curik hati sy taw.

my god.
saye nampak tahun depan merupakan tahun yang sgt mencabar bagi saya..
tapi saya doakan semua akan okei.

nak private kan blog la..
bile ntah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

kenape ntah.. rase tak hepi nak isi borang posting kali ni..
nadia harap betul maklumat yang nadia dapat dari en zaharuddin.
kali ni hanya sbb nak kumpulkan dulu borang2 tu..
dan yang sebenarnya di hantar ke bpg tahun depan..
harapnya mcm tu la..

nad nak duk ngn eman gak. tak kire. tak kire..
tak sanggup oo jauh dari dia lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

stage satu selesai.

bersyukur kehadratMu ya Allah..
akhirnya cinta kami diredhai kedua ibubapa kami..
masing2 dah bersua muka..
berbincang dan bergurau senda.
alhamdulillah. alhamdulillah..
tu je yang mampu terucap dari bibir ni.

madly miss the moment.
sgt kelam kabut.
segalanya berjalan laju..
cepat sgt mase berlalu.
tak menang tangan ni..
smua nak dibuat..
buat air, rebus kopok, goreng kopok.
tuang air. angkat nasi ke ruang tamu.
kalutnya mase tu..

suke tgok mama dan dia rapat.
mama anggap mcm anak sendiri dah.
alhamdulillah.

nadia yaken, dia yang terbaek buat nadia..
yaken. yaken. dan yaken..
dengan izinNya..
Insyallah..

percintaan selama beberapa tahun akan terpatri satu ikatan rasmi.
seringkali nadia gembira dgn semua ni.
tapi nadia juga harapkan supaya org2 sekelililing nadia juga tak susah payah tuk kami.

abg juga begitu..
ntah banyak bende yang dia face sorang2..
ntah ape budak mktb mengate ttg dia..
dia mencari duet je.. 
luluh jugak bila tgok.
penat jgk tu..
I miss him.

skrang ni dah musim exam.
nadia harap semua org boleh jawap.
nadia takde mood lagi nak exam.
nak bace buku pun malas.

nadia nak cadangkan pada kementrian,
5 tahun setengah tuk bidang perguruan adalah terlalu lame.
boleh memberikan kesan yang positif dan negatif kat pelajar.
negatif: boring. positif: semangat keguruan.

nadia kan menunggu tarikh tu..
semoga tak banjir.. tak banjir..
amiiin..

10.12.10

*lovelicious Nad*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mama dan Ayah.. Aku amat mencintai kamu berdua..

Salam sayang buat semua.
nadia dah jarang tulis blog..
kadang2 je..

nadia rasa sgt bertuah sebab dikurniakan mama dan ayah yang sangat memahami.
segala benda yang nadia hajatkan, semua dapat.
walaupun bukan dengan cara yang senang kami dapat tu.

nadia sekarang dah berumur 22 tahun, dan tahun depan merupakan satu lagi fasa yang sgt mencabar.
nadia kene kuatkan mental dan fizikal...juga rohani.

dulu waktu kecik2 dulu, kami sgt susah..
ayah keje kilang dan ada juga tak keje sbb kilang tutup.
dulu ayah kerja kilang dekat umah. kilang metro pasific.
skrg dah takde..

ayah g ngn motor je.
motor pertama ayah dan mama beli is motor suzuki.
tapi ayah dah jual awal dah sbb nak beli motorsikal lain kat abg tahun 2001.
mama pulak. awal2 dulu kerja kat mentakab. pahang.
mama ulang alik tganu-mentakab mula2 kerja dulu,
waktu tu abg kecik lagi..
tok jarah la yang jaga. (mak mama)
kesian abg sbenanya.
mama tak dapat jaga waktu kecil.
minum susu tepung je sbb mama takde kat cc abg.
n mcm2 lagi la.

untuk sampai ke tahapskrg ni..
semua mula daripada susah.
dan apabila dah berkahwin dan mempunyai anak,
Allah akan bg rezeki lebih kepada mereka..

nadia tahu kesusahan ayah n mama
sbb nadia dari kecik lagi dah matang..
nampak je nadia kecik, tp sbenanya pemikiran bukan mcm org biasa.
sbb tu nadia n mama mcm kawan baek.

okei2.
waktu kecik2 dulu nak anak patung dapat.
nak gelang kaki dapat.
nak basikal dapat.
nak skuter, dapat.
nak gelag dapat,
nak pape je..semua mama n ayah beri..
tetapi semua dalam bentuk pengukuhan positif.
bukan saja2..
kene usaha dlu..
dapat nombor yang elok..
berusahalah yang pastinya.

mama hidup dia sgt susah dulu..
mama slalu cerita..
nadia sgt rindu mama.
walau balek umah sgt banyak kene mara ngn mama
slalu tak puas hati ngn mama.
tp nadia sgt sygkan mama.

tak sabarnya nak keje dan beri kesenangan pada mama dan ayah pulak.

tahun depan mungkin titik perjuangan baru buat  nadia..
mama dan ayah merestui.
nadia gembira. tp tanak bebankan dia.
sbb semua nadia syg.
tanak bebankan mama dan ayah.

nadia slalu doa agar Allah jgn ambil nyawa mama dan ayah selagi nadia tak balas jasa mama dan ayah..
amiiin..
*rase nak nanges*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

My Man to be..


Sekarang bukan masa tuk bercinta...
tulah antara kata2nya..
sy simpan hati ni tuk awk.
dan sy akan bersabar tuk awk dan kita.
yep. awk tawu tak.
miss u badly.
tp rindu tu pemanis.
kami bukan mcm kapel biase.
nak berdating 24 jam.
nak jumpe setiap hari.
kami perlu berusaha tuk bersama suatu hari nnt.
kami perlu cari duet.
kami perlu bersabar setiap masa.
kami perlu berdikari tanpa sapa2 di sisi.
dari dulu lagi sy suke lelaki yang kuat berusaha dan berdikari.
Insyallah, i will get a person like that nnt.
sekarang ni, barulah terasa, 
what is love about.
its not only a feeling, but also bout life.
somehow, 
its not about happiness. not about ego. its not about attention n etc..
but it include everything.
happiness.sadness.painful.heartful. n lots more.
anyway. i'll be patient.
n i stil be me.
mengade2 sometimes n i do miss my hectic guy so much.

saje nak frame gambar die kat blog putriemanje ni.
me just putri aiman shj, :)

~ku menunggu hati yang sepenuhnya milikku..
~ku menanti kaseh halal yang diredhai Ilahi..
~ku bersyukur kehadratMu ilahi..
~Ku kan menunggu saat iradat menemui kita di dalam majlis suci..

:'(
rase nak nanges pulak.
k. take care.
nak siapkan esaimen.
air takde kat maktab.
sikit2 je ade. tension gak kdg2..
tp sabar je la.

Lovelicious.
Cik Nad.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

malas.anak dara pemalas.

okei. okei. sila bace betul2..
tajok di atas tidak ada kene mengena dgn nad.
huhu

yang pastinye..
skrg ni sgt malas tuk buat assignment..
sumpah. sgt mls..

myb sbb terlalu lame tak buat esemen dah..
g skolah..
trase nak buat rph je pulak..
takmo wat esemen dah...

k. nadia akan mula buat mggu ni..

erm. rindu mama n ayah..
setip detik langkah nadia..
nadia rindukan kaseh mama n ayah..
walaupun kaseh mereka takpernah kurang.
rindu..ye aku rindu..

abg : satu proses dah setel..
menunggu proses seterusnya..
rindu kamuu juge.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

hidup ni tak pernah sempurna.. sbb manusia tiada yang sempurna.

ntahla kenapa la sy melayan komen2 yang ntah pape ni...
but for me. tak tau la dat gurl or dat boi, or sape2 yang bagi komen anynomous tu..
pandai cakap tapi tak berani nak berdepan.
what for?

berani cakap, berani lah berdepan.
dont be coward.
even girl or boi, berani lah pada kenyataan.

ape guna baling batu tp sembunyi tangan.
kelakar je.
its kind of ashamed i think.
i tak kate i betul.
pendapat i kan.

em..
world is not enough perfect, but thankGod,
stil bersyukur dengan apa yang ada.

wuhuuuu..
saya menerima pendapat org lain juge, tp
bergantung pada org tu jugak.
kalau stakat cakap je, diri seniri pon tak betul,
baik sy berpegang pada pendapat sy je.

mood : *Happy*
arini going tu SP.
semoga perjalanan dipermudahkan.
dan selamat sampai di SP.

BTW, nak wish selamat hari raya kepada semua rakan blogger, dan semua pembaca...

Be happy alwaiz dan bersyukurlah dengan kehidupan yang ada, walaupun hidup tak sempurna..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

ingat lagi entry, belog aku, suke hati aku?


yup. again. i use that words.
suke hati la sy nak luahkan pendapat sy.
itu yang sy pikir.

awk, bukan sy tak letak psl cinta Allah.
sila chek all my post b4 ni,
mmg dah ade pon..

sape awk tuk menilai sy.
mungkin baru je bce.

psl sy kate psl bertudung n xbertudung tu..
i just pelik..
kenapa org buat mcm tu.
salah ke..
saya hairan.

sy tak kata sbb sy tak suke mereka2 yang mcni ke ape.
sy juga tak ckp psl dosa.
betul. tu mmg bukan hak sy..
that's y i said.. PELIK....

ape di fikiran mereka.
tu je yg tertanye2..

walaupun sy bertudung,
bukannye sy tak berkawan dgn org xbertudung.
i'm hepi be fwen wit org tak bertudung..
mereka sama je mcm org bertudung.

i just pelik. n berdoa suatu mse nnt mereka akan bertudung litup.
i'm not perfect, n i'm not also too islamic.
maseh mencari keredhaannya sikt demi sdikit.

Tujuan sy menulis blog ni, nak memberitahu kepada saudara-saudari yg membce blog ni,
sy xmgharapkan respon ape2 apabila menulis blog, kalau org komen, sy akan bls. sbb sy sekadar nak berkongsi pendapat, pengalaman n perasaan. so feel free to go OFF my BLOG jika kamoo tak suke bace.

PUTRIEMANJE.BLOGSPOT.COM
Raja Nadia Bt Raja Ismail
29.08.2010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

pengorbanan demi pengorbanan

saya syg ayah dan mama sy.
janji sy tuk jd cikgu.
janji sy tuk jaga diri..
janji sy tuk jaga mereka..

ayah alwaiz buat me get touch dgn sifat nye..
dari kecil lagi dah jadi anak yatim..
jadi ayah mmg jadi seorang ayah yang baek..
rindunye kat ayah..
ayah.. ya syg ayah.

"masa,cepatlah berlalu...nadia harap mama n ayah pjg umur.."

"amiiiin.."

mama..love u too.

btw, mmg blog ni penuh dgn hampas je..
all those crap je.
mengarut2..
nak buat lebih ilmiah tak sempat..

ye..sgt rindu rakan blog yang laen..
lame tak bertanya khabar..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

AKU LELAKI EGO!!!


Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”



Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.



Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.



Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.



Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.


Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”


Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,

“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”

Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.



Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.



Aku bisikkan ketelinganya,“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.


“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.


Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.


Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.


Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.


“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.


Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.


Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!


Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.


Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.


Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.

Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.
 
:: credit to :: Jomsayang ::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers