MELAYU tAHYUL !!
1. Lumrah manusia yang pendek akal sememangnya mudah mempercayai tahayul.
2. Kejadian seperti “Sejadah Berdiri,” “Sejadah Duduk,” dan “Sejadah Sembahyang Berjemaah,” merupakan contoh yang terkini.
3. Zahirnya, kejadian tersebut terjadi kononnya untuk memberi ‘petunjuk’ atau ‘pencahayaan agung’ kepada manusia ‘terpilih.’
4. Ditambah lagi dengan tafsiran-tafsiran dangkal bahawa Allah ‘menurunkan wahyu’ dalam bentuk “Sejadah Berdiri” kepada manusia ‘terpilih.’
5. Seterusnya timbul kenyataan bahawa kejadian itu adalah ‘mukjizat’ yang membuktikan kebesaran Allah khusus untuk manusia ‘terpilih.’
Eh, macam stail chedet.cc pula. Okay, tukar kembali kepada DewaKebaikan. Zasss!!! Eh, itu bukan bunyi bertukar, itu macam bunyi pedang pancung. Ah, lantaklah. Ikut sukalah bunyi apa pun.
Tidakkah kau terfikir bahawa “Tahi Berdiri” atau “Tahi Meniarap” juga merupakan kehebatan Allah. Kau makan dan berak setiap pagi, petang, siang dan malam. Kau makan sayur hijau, tetapi berak coklat. Kau makan nasi putih, tetapi berak tetap coklat. Kau makan mee kuning, tetapi berak coklat. Kau makan tembikai merah, tetapi berak kau coklat. Kau makan apa sahaja, berak kau tetap coklat.
“Eh, aku pernah berak oren.”
Jawaban: Itu namanya diarrhea, bodoh.
Pernah kau berfikir kebesaran Allah semasa kau duduk/mencangkung di dalam tandas? Pernah?
Pernah kau berfikir kebesaran Allah semasa kau melihat pokok-pokok di sekeliling kau? Pernah?
Pernah kau berfikir kebesaran Allah semasa kau melihat unta di Mesir? Pernah?
Pernah kau berfikir kebesaran Allah semasa kau melihat bintang-bintang yang bertaburan di atas langit?
Lalu, aku petik bintang tersebut, untuk kau simpan, cahayanya tenang, setenang hati kau yang selalu mengingati Allah.
“Apa yang kau merepek ini syaitan?”
Jawaban: Astaghfirullah, sungguh berat sekali tuduhan itu. Syaitan daripada api. Aku pula dijadikan daripada setitis air mani. Eh, mana pula setitik. Mungkin sepuluh ‘guni’ semen yang dipancutkan daripada zakar bapa masuk ke faraj ibu. Seterusnya, berjuta-juta sperm akan berenang-renang melalui liang peranakan dan serviks, menuju ke rahim atau tiub falopio. Lalu, bercantumlah salah seekor sperm bersama ovum. Sekiranya pensenyawaan berlaku, fetus akan wujud. Tepat atau tidak terjemahan ini daripada Wikipedia, tidaklah patut dipedulikan.
Oh ya, sebelum semen tersebut dipancutkan, tentulah wujud kejadian “Konek Berdiri.” Tidakkah itu merupakan kejadian yang melambangkan kebesaran Allah juga?
Mengapa kejadian “Sejadah Berdiri” berlaku, baru kau hendak berfikir tentang kebesaran Allah? Sampai heboh masuk Kosmo!, Utusan, TV3 dan Hot FM. Bukan setakat kau sahaja yang bodoh, pihak media pun turut sama membangangkan diri mereka.
Bacalah nasihat yang aku plagiat daripada website darussyifa.org kekeke.
Apakah sebelum ini anda tidak pernah mendengar seruan Allah agar kita berfikir tentang kejadian alam yang diciptakan-Nya dengan sempurna tanpa sebarang cacat cela?
Jika anda pernah mendengarnnya, apakah anda selalu berfikir kebesaran Allah sebelum timbul kejadian “Sejadah Berdiri?” Kalau jawapannya tidak, bermakna anda tidak percaya dengan pengetahuan yang ditunjuk ajar oleh ulama muktabar dan daripada kitab-kitab yang secara terang-terangan menyuruh perkara itu.
Maka mengapa apabila berlaku kejadian “Sejadah Berdiri,” maka barulah anda hendak berfikir kebesaran Allah. Soal saya, kenapa baru sekarang hendak heboh kebesaran Allah? Adakah anda yakin bahawa kejadian “Sejadah Berdiri” merupakan ‘mukjizat’ yang Allah turunkan khusus untuk anda? Tidakkah anda terfikir bahawa syaitan mempunyai kelebihan yang Allah kurniakan untuk berubah kepada sebarang bentuk yang diingininya termasuklah “Sejadah Berdiri.”
Kalaulah ditakdirkan bahawa “Sejadah Berdiri” merupakan jelmaan syaitan, makhlus halus atau apa sahaja namanya, maka niat anda berjaya dipengaruhi iaitu melakukan ibadah (i.e., berfikir tentang kekuasaan Allah) bukan kerana Allah, tetapi kerana “Sejadah Berdiri.” Bukan hendak mendapat pahala atau reda Allah, tetapi hendak menjadi seorang yang mulia yang mendapat ‘pencahayaan agung,’ lebih terang benderang daripada apa yang diperolehi oleh Gautama Buddha. Beliau sendiri memperolehi ‘pencahayaan agung’ selepas 49 hari bertapa. Kau pula dapat ‘pencahayaan agung’ selepas satu saat tengok “Sejadah Berdiri.”
Oleh yang demikian, antara dua kemungkinan sama ada benar kejadian itu merupakan ‘pencahayaan agung dari langit’ atau berkemungkinan ianya suatu tipu daya iblis, maka anda dinasihati lebih baik jangan mengambil risiko kerana mempercayai ‘pencahayaan agung’ amat terdedah kepada bahaya yang begitu besar, iaitu melakukan ibadah bukan kerana Allah, tetapi kerana syaitan.
Seandainya anda ingin berfikir tentang kebesaran Allah, lakukanlah bukan kerana “Sejadah Berdiri,” tetapi kerana Allah sebagaimanya yang termaktub dalam al-Quran, as-Sunnah, al-Ijmak dan berbagai sumber hukum lain yang menyeru kita melakukan ibadah yang disebutkan tadi.
Lupakan hal “Sejadah Berdiri” itu dan lakukan ibadah kerana Allah Taala.
Kuiz teka-teki: Peti sejuk akan membekukan bahan yang telah dimasukkan kedalamnya. Apakah suatu benda yang lebih ‘power’ daripada peti sejuk? Sebarang bahan yang masuk kedalamnya akan beku sebelum dimasukkan.
—
DK: Semoga kita dihindarkan daripada kefahaman tahayul lagi sesat.
October 25, 2009 at 9:22 AM
beku sebelum dimasukkan? aiskrim malaysia yg belum cair. buleh?