Oh Dunia ini..
Kadang kalanye terpikir jugak tentang dunia ni.. tadi dlm FB, anas ade cakap mcmni : "what the harmony world....fahrin saman linda onn di mahkamah.....kurang menarik perhatian ku.....ustazah bertumbuk dan kejar guru matematik berumur 24 tahun..di padang sekolah.....suatu pencapaian baru dalam dunia pendidikan,,,,kearah melahirkan generasi yg lebih aktif dan semangat pejuang...."
Ya Allah.. malunye cikgu duk wat perangai mcmni... Sgt2 tak matang guru-guru sekarang.. bile berada dalam profesion ni, barulah trase semua ni.. bias terasa juga even baru digelar guru pelatih.. kenapalah guru-guru sekarang jadi mcmtu. pada hal masing-masing tahu berada di dalam profesion yang sama.
apa nak jadi. kenapa ibu bapa sensitif sgt kalau hanya guru hanya mahu mengajar murid shj. Mintak simpang la dapat jumpe ibu bapa mcmtu.. tapi apakan daya. berada di bidang ni, skali kita pilih, takkan kita dapat lari lagi..tanggungjawab. Akauntabiliti seorang guru. perlu di ambil kira. jadi nanti, aku mungkin akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia lagi.
Semenjak masuk tahun 2010 ni, semester 5 ni.. makin lame, makin membuatkan aku jadi seorang yang lebih matang dalam pemikiran ni. maken menerima titik perubahan yang ketara. secara tak sengajanye, aku sgt2 mengambil kira setiap kata-kata Dato' Pengarah kita. Pasal perubahan. tanggungjawab dan pelbagai lagi.
"Tanpa perubahan, Tiada kemajuan", ye. aku akan terus ingat kata2 tu. sekarang, semangat aku untuk menjadi seorang guru maken meluap2.. Apalah gunanya kita belajar selama 5 taun setengah andai menjadi guru yang langsung tak bernilai dan berguna untuk bangsa dan negara..
Janganlah kita menjadi guru KUTU, yang tak berguna dan hanya nak mencekik darah (gaji). jadi, tingkatkan prestasi kita untuk melahirkan murid-murid yang berkualiti. Bersyukurnya aku kerana menjadi warga pendidik. Bersyukurnya aku kerana diberikan peluang ini.. Semoga harapan dan semangat aku ini takkan pudar. Namun, sentiasa kuat dan tegar menghadapi pelbagai kesulitan...
0 Response to "Oh Dunia ini.."
Post a Comment