What Number's yours?
Simple calculation.
Example: 
Tarikh lahir: 21.06.1988
Simply add 21+6+1988= 2015
2+0+1+5 = 8.
Nombor anda 8.
1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari 
dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik
dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang  lain 
sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka  dan 
berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka  sanggup
untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk  
meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara  terbuka tanpa berselindung.
3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa  berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk  mencapainya.
Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang  sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara  sendirian.
Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan  alam sekitar. 
Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik  terhadap diri sendiri.
5. Perintis
Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil  risiko 
serta sangat bersemangat (enthusiasm).Mereka perlukan kepelbagaian dan  tidak suka disekat. 
Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang  untuk mempelajari 
sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain  difikiran mereka 
tidak pernah terhenti.Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu  dengan teliti dan 
mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa  gembira. 
Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan  mereka mempengaruhi 
keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga  seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin  persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang  tidak boleh diubahnya.
7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk  menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka  tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan  dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi  penyelidik yang 
baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu  belajar untuk menerima 
kenyataan dunia sebenar.
8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat  tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam  suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara  objektif. 
Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa  mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan  sendiri 
daripada mengikut keperluan orang lain.
9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk  berkawan 
dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing  kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang  sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan  diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita  akibat terlalu bergantung kepada 
nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina  landasan kasih sayang.

 















