preparation?

sebenanya banyak nak cite kat blog ni.. tp tak dan2...
harap dapat spend satu mase tuk tulisbloggg je..

tak sangke nak bernikah ni pon byk sgt yang kene uruskan..
skang duk survey pelamin n baju..

nnt nad kawen, myb simple2 je..
 x beriya mcm org lain..
wat skali gus je..
senang sket..
abg lak tak de halangan..
jadi,
buat yang paling simple je..
yang wajib2 je..

yang penting, kami disatukan..
nadia cume doakan tu je..
owh.sgt windu dia..
leh kira ngn jari je kami jmpe..

kad jemputan tak buat lg..
baju n pelamin tak tempah lagi..
semua nak kene setel b4 balek maktab..
pray 4 me..
next yea sgt mencabar..
huhu..

majlis seringkas mungkin..
itu je yg kami harap.
kwn2 nnt dijemput hadir..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

The beautiful day of MINE..

Alhamdulillah.. nadia dah slamat bertunang dah.. dgn pilihan hati sendiri.. en teddy.
gambar tak banyak sgt ade.. sikit2 je... abg mie (potografer) x bg lagi gambar2 tu..


ni gambar2 sumbangan adik ima n cousy (ieka)


nnt lenkali nadia citerkan lagi ttg majlis tu.. n sume2 ni.. tak dan la skg..
kwn2 maaf kalau tak reply komen ye.. nnt aje reply..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

.enggagement. love. no other.

Penatnye...
preparing for my day..
OMG. banyak tul persiapan kene buat..
ayah la paling penat.. mama pulak, penat poket n fikiran la..
nadia? owh.. penat segalanya...
bila ntah nak p tgok homestay. nak p try baju.
hujan je memanjang kat cni.

aiman: miss u a lot.

kami lgsung tak bercintan skrg
masing2 sebok dgn life msing2..
wait for the day je la.
he's the one..
jadi takde kumbang2 laen dah yang leh curik hati sy taw.

my god.
saye nampak tahun depan merupakan tahun yang sgt mencabar bagi saya..
tapi saya doakan semua akan okei.

nak private kan blog la..
bile ntah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

kenape ntah.. rase tak hepi nak isi borang posting kali ni..
nadia harap betul maklumat yang nadia dapat dari en zaharuddin.
kali ni hanya sbb nak kumpulkan dulu borang2 tu..
dan yang sebenarnya di hantar ke bpg tahun depan..
harapnya mcm tu la..

nad nak duk ngn eman gak. tak kire. tak kire..
tak sanggup oo jauh dari dia lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

stage satu selesai.

bersyukur kehadratMu ya Allah..
akhirnya cinta kami diredhai kedua ibubapa kami..
masing2 dah bersua muka..
berbincang dan bergurau senda.
alhamdulillah. alhamdulillah..
tu je yang mampu terucap dari bibir ni.

madly miss the moment.
sgt kelam kabut.
segalanya berjalan laju..
cepat sgt mase berlalu.
tak menang tangan ni..
smua nak dibuat..
buat air, rebus kopok, goreng kopok.
tuang air. angkat nasi ke ruang tamu.
kalutnya mase tu..

suke tgok mama dan dia rapat.
mama anggap mcm anak sendiri dah.
alhamdulillah.

nadia yaken, dia yang terbaek buat nadia..
yaken. yaken. dan yaken..
dengan izinNya..
Insyallah..

percintaan selama beberapa tahun akan terpatri satu ikatan rasmi.
seringkali nadia gembira dgn semua ni.
tapi nadia juga harapkan supaya org2 sekelililing nadia juga tak susah payah tuk kami.

abg juga begitu..
ntah banyak bende yang dia face sorang2..
ntah ape budak mktb mengate ttg dia..
dia mencari duet je.. 
luluh jugak bila tgok.
penat jgk tu..
I miss him.

skrang ni dah musim exam.
nadia harap semua org boleh jawap.
nadia takde mood lagi nak exam.
nak bace buku pun malas.

nadia nak cadangkan pada kementrian,
5 tahun setengah tuk bidang perguruan adalah terlalu lame.
boleh memberikan kesan yang positif dan negatif kat pelajar.
negatif: boring. positif: semangat keguruan.

nadia kan menunggu tarikh tu..
semoga tak banjir.. tak banjir..
amiiin..

10.12.10

*lovelicious Nad*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mama dan Ayah.. Aku amat mencintai kamu berdua..

Salam sayang buat semua.
nadia dah jarang tulis blog..
kadang2 je..

nadia rasa sgt bertuah sebab dikurniakan mama dan ayah yang sangat memahami.
segala benda yang nadia hajatkan, semua dapat.
walaupun bukan dengan cara yang senang kami dapat tu.

nadia sekarang dah berumur 22 tahun, dan tahun depan merupakan satu lagi fasa yang sgt mencabar.
nadia kene kuatkan mental dan fizikal...juga rohani.

dulu waktu kecik2 dulu, kami sgt susah..
ayah keje kilang dan ada juga tak keje sbb kilang tutup.
dulu ayah kerja kilang dekat umah. kilang metro pasific.
skrg dah takde..

ayah g ngn motor je.
motor pertama ayah dan mama beli is motor suzuki.
tapi ayah dah jual awal dah sbb nak beli motorsikal lain kat abg tahun 2001.
mama pulak. awal2 dulu kerja kat mentakab. pahang.
mama ulang alik tganu-mentakab mula2 kerja dulu,
waktu tu abg kecik lagi..
tok jarah la yang jaga. (mak mama)
kesian abg sbenanya.
mama tak dapat jaga waktu kecil.
minum susu tepung je sbb mama takde kat cc abg.
n mcm2 lagi la.

untuk sampai ke tahapskrg ni..
semua mula daripada susah.
dan apabila dah berkahwin dan mempunyai anak,
Allah akan bg rezeki lebih kepada mereka..

nadia tahu kesusahan ayah n mama
sbb nadia dari kecik lagi dah matang..
nampak je nadia kecik, tp sbenanya pemikiran bukan mcm org biasa.
sbb tu nadia n mama mcm kawan baek.

okei2.
waktu kecik2 dulu nak anak patung dapat.
nak gelang kaki dapat.
nak basikal dapat.
nak skuter, dapat.
nak gelag dapat,
nak pape je..semua mama n ayah beri..
tetapi semua dalam bentuk pengukuhan positif.
bukan saja2..
kene usaha dlu..
dapat nombor yang elok..
berusahalah yang pastinya.

mama hidup dia sgt susah dulu..
mama slalu cerita..
nadia sgt rindu mama.
walau balek umah sgt banyak kene mara ngn mama
slalu tak puas hati ngn mama.
tp nadia sgt sygkan mama.

tak sabarnya nak keje dan beri kesenangan pada mama dan ayah pulak.

tahun depan mungkin titik perjuangan baru buat  nadia..
mama dan ayah merestui.
nadia gembira. tp tanak bebankan dia.
sbb semua nadia syg.
tanak bebankan mama dan ayah.

nadia slalu doa agar Allah jgn ambil nyawa mama dan ayah selagi nadia tak balas jasa mama dan ayah..
amiiin..
*rase nak nanges*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

My Man to be..


Sekarang bukan masa tuk bercinta...
tulah antara kata2nya..
sy simpan hati ni tuk awk.
dan sy akan bersabar tuk awk dan kita.
yep. awk tawu tak.
miss u badly.
tp rindu tu pemanis.
kami bukan mcm kapel biase.
nak berdating 24 jam.
nak jumpe setiap hari.
kami perlu berusaha tuk bersama suatu hari nnt.
kami perlu cari duet.
kami perlu bersabar setiap masa.
kami perlu berdikari tanpa sapa2 di sisi.
dari dulu lagi sy suke lelaki yang kuat berusaha dan berdikari.
Insyallah, i will get a person like that nnt.
sekarang ni, barulah terasa, 
what is love about.
its not only a feeling, but also bout life.
somehow, 
its not about happiness. not about ego. its not about attention n etc..
but it include everything.
happiness.sadness.painful.heartful. n lots more.
anyway. i'll be patient.
n i stil be me.
mengade2 sometimes n i do miss my hectic guy so much.

saje nak frame gambar die kat blog putriemanje ni.
me just putri aiman shj, :)

~ku menunggu hati yang sepenuhnya milikku..
~ku menanti kaseh halal yang diredhai Ilahi..
~ku bersyukur kehadratMu ilahi..
~Ku kan menunggu saat iradat menemui kita di dalam majlis suci..

:'(
rase nak nanges pulak.
k. take care.
nak siapkan esaimen.
air takde kat maktab.
sikit2 je ade. tension gak kdg2..
tp sabar je la.

Lovelicious.
Cik Nad.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

malas.anak dara pemalas.

okei. okei. sila bace betul2..
tajok di atas tidak ada kene mengena dgn nad.
huhu

yang pastinye..
skrg ni sgt malas tuk buat assignment..
sumpah. sgt mls..

myb sbb terlalu lame tak buat esemen dah..
g skolah..
trase nak buat rph je pulak..
takmo wat esemen dah...

k. nadia akan mula buat mggu ni..

erm. rindu mama n ayah..
setip detik langkah nadia..
nadia rindukan kaseh mama n ayah..
walaupun kaseh mereka takpernah kurang.
rindu..ye aku rindu..

abg : satu proses dah setel..
menunggu proses seterusnya..
rindu kamuu juge.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

hidup ni tak pernah sempurna.. sbb manusia tiada yang sempurna.

ntahla kenapa la sy melayan komen2 yang ntah pape ni...
but for me. tak tau la dat gurl or dat boi, or sape2 yang bagi komen anynomous tu..
pandai cakap tapi tak berani nak berdepan.
what for?

berani cakap, berani lah berdepan.
dont be coward.
even girl or boi, berani lah pada kenyataan.

ape guna baling batu tp sembunyi tangan.
kelakar je.
its kind of ashamed i think.
i tak kate i betul.
pendapat i kan.

em..
world is not enough perfect, but thankGod,
stil bersyukur dengan apa yang ada.

wuhuuuu..
saya menerima pendapat org lain juge, tp
bergantung pada org tu jugak.
kalau stakat cakap je, diri seniri pon tak betul,
baik sy berpegang pada pendapat sy je.

mood : *Happy*
arini going tu SP.
semoga perjalanan dipermudahkan.
dan selamat sampai di SP.

BTW, nak wish selamat hari raya kepada semua rakan blogger, dan semua pembaca...

Be happy alwaiz dan bersyukurlah dengan kehidupan yang ada, walaupun hidup tak sempurna..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

ingat lagi entry, belog aku, suke hati aku?


yup. again. i use that words.
suke hati la sy nak luahkan pendapat sy.
itu yang sy pikir.

awk, bukan sy tak letak psl cinta Allah.
sila chek all my post b4 ni,
mmg dah ade pon..

sape awk tuk menilai sy.
mungkin baru je bce.

psl sy kate psl bertudung n xbertudung tu..
i just pelik..
kenapa org buat mcm tu.
salah ke..
saya hairan.

sy tak kata sbb sy tak suke mereka2 yang mcni ke ape.
sy juga tak ckp psl dosa.
betul. tu mmg bukan hak sy..
that's y i said.. PELIK....

ape di fikiran mereka.
tu je yg tertanye2..

walaupun sy bertudung,
bukannye sy tak berkawan dgn org xbertudung.
i'm hepi be fwen wit org tak bertudung..
mereka sama je mcm org bertudung.

i just pelik. n berdoa suatu mse nnt mereka akan bertudung litup.
i'm not perfect, n i'm not also too islamic.
maseh mencari keredhaannya sikt demi sdikit.

Tujuan sy menulis blog ni, nak memberitahu kepada saudara-saudari yg membce blog ni,
sy xmgharapkan respon ape2 apabila menulis blog, kalau org komen, sy akan bls. sbb sy sekadar nak berkongsi pendapat, pengalaman n perasaan. so feel free to go OFF my BLOG jika kamoo tak suke bace.

PUTRIEMANJE.BLOGSPOT.COM
Raja Nadia Bt Raja Ismail
29.08.2010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

pengorbanan demi pengorbanan

saya syg ayah dan mama sy.
janji sy tuk jd cikgu.
janji sy tuk jaga diri..
janji sy tuk jaga mereka..

ayah alwaiz buat me get touch dgn sifat nye..
dari kecil lagi dah jadi anak yatim..
jadi ayah mmg jadi seorang ayah yang baek..
rindunye kat ayah..
ayah.. ya syg ayah.

"masa,cepatlah berlalu...nadia harap mama n ayah pjg umur.."

"amiiiin.."

mama..love u too.

btw, mmg blog ni penuh dgn hampas je..
all those crap je.
mengarut2..
nak buat lebih ilmiah tak sempat..

ye..sgt rindu rakan blog yang laen..
lame tak bertanya khabar..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

AKU LELAKI EGO!!!


Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”



Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.



Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.



Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.



Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.


Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”


Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,

“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”

Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.



Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.



Aku bisikkan ketelinganya,“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.


“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.


Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.


Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.


Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.


“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.


Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.


Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!


Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.


Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.


Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.

Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.
 
:: credit to :: Jomsayang ::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Thaqif owhh Azizul Thaqif.. my neu love..lalalaaa

Salam buat semua...
i wanna talk about "thaqif"..

huhuuu.. he's my neu love now..
lalalaaa..

walaupun muda..
tapi pemikiran die mcm org tua..
matang..

kadang2 nak tergelak mendengar bebelannya..
kadang kala rase nak cubet2 je perangai die yang comel tu..

mulut die 24 jam..asik membebel je.. hahahaa..
kalau cakap english ngn die..
lagilah kelakar..
rase nak marah pon boleh gelak..

oh sayang..
lagi dua minggu lebih ade kat SKBR..
meniti hari..
tapi syg pulak nak tinggalkan kelas pra ni..

Thaqif yang ensem..
hehehe..
cikgu sayang kamu..

Semoga kamu akan menjadi anak didik yang berjaya..

blog ini sekadar catatanku..
untuk berkongsi kehidupan di dunia maya ini..

thaqif..
i'm glad to be your teacher..

:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

pelik.

sy tak nak kate org..
tp nak share pendapt je..
apelah gune bertudung if bukak tutup tudung tu..
same je..
pelik3...

sygnya..
jagalah perhiasanmu buat si Dia..

Ya Allah..
Ampunkan aku..
peliharakanlah aku di dalam jagaanMu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Nawaitu seorang guru

Kadang2 tak tercapai akal kita untuk memikirkn masalah..
setiap org punyai masalah tersendiri..
Nadia mau jadi kuat... jadi kene face dengan positif..
erm.

ok2.balek ttg guru..
saye mau mengajar dgn ikhlas..
biar murid sy dapat input apabila sy mengajar..
sy ingin sgt anak2 murid sy pandai sbb sy ajar..

sy gembira melayani karenah anak2 murid sy...
mengajar ni tak bleh hipokrit..
kene ikhlas..kalau tak,asik nak mara budak je..
tambah2 murid2 nkal..

owh..sgt tensyen kalau kene mcmtu..
tp alhamdulillah..kene ade pendekatan..
kdg2.. dapat kelas yang bermasalah ni..
lagi memberi pengalaman..
lagi banyak ilmu kite dapat..
markah praktikumtolak ke tepi..
tp lagi rase bangga pada diri sendiri..
sbb dpt kontrol kelas yang nakal..
kepuasan yang tak dapat digambarkan bagi serang guru yang baru bertatih ni..

nadia oh nadia..
nadia windu pada die..
nadia  bnyak kerja..tp malas..
owh god.Nadia mst rajen. siapkan kerja..
chaiyok3..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

praktikum minggu 5

erm.setiap mggu duk wat refleksi kat blog ni..
nadia dah berjaya menempuhi 5mggu kat cni.. wiwiiit..
gud nadia. life is better now..
buku rph pon lebih baek..
pemantauan pensyarah pon lebih baek..
nadia tak harapkan dapat markah tinggi or dapat praktikum terbaek..
cume berharap nadia buat sehabis baek..
ye nadia cube.
tapi kan..
yang kelakarnye..
slalu kalut2 pagi2..
kdg2 baru print pagi tu la..
warnakan pagi tu..ntah pape je..
kecian my partner, nurul..
dia slalu kene tolong nadia.
huhuhu...
tp pape pun, buat yang terbaek..

nadia is no in the mood now..
mood slow je..
ye, agak sedih.. why?
no need to noe..
erm.. takde org gak nak amik tau..kan?
nadia skrg pikir tak sabar nak keje n nk balek umah je.
nadia manje ngn ma n ayah..
miss them a lot..
adik ima pun same..n adik iz..

buat naima.. harap die okei kat skolah tu..
she's good gurl..
nadia akan jaga adik2 ngn baek..
bagi kaseh syg yang terbaek buat mereka.
nadia tak harapkan balasan..
smoga mereka menjadi insan yang berguna suatu hari nnt..
bagitu jugak dgn adik aiman..
alyani, ahmad, amir, majen..
merekapon jadi adik nadia nnt..
hopefully dapatlah nadia n dia jalankan tanggungjawab kami dgn baek nnt.

dia sgt sibuk skrg..
nadia mahu menyepikan diri seketika.
mahu menjadi org yang lebih memahami..
smoga masing2 dapat memahami..
amiiin..

ape lagi ek..
bored. skang dah nak kene pikir rph untuk ari isnin ni..
chaiyok2..
tadi nadia ade amik gambar..
lame tak buh gambor sining..
hohoho...



owh. liltle pwincess dah jadik cikgu..

:: smoga dapat jadi guru yang baek..nadia... ::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

tak seindah mimpi...

pengalamn praktikum mmg la sgt bagus.

nadia kini tk sabar mahu habeskan praktikum ni..

 banyak kali observe sgt sem ni..

 penat sgt..

nadia mau balek umah.

nak berada kat rumah..

neway.Happy 4th anniversary to PISMP prasekolah sem 2.

Ya Allah.. dah 4 tahun berada kat cni..

cant wait lg setahun!

nak abis kan cepat2..

mau keje. bg duet kat ma n ayah..adik2...

tu la angan2 paling simple tp benar2 nak buat..

yang seterusnya. huhu.. mau kawen~

tu pun kalau ade orang nakla..

semua orang punyai impian tuk mempunyai rumahtangga...

Ooo..Nadia. awk sorang guru skrg..

SILA JGN MEREPEK.

ok la. nak tumpu pada klas tambahan darjah 6 ni..

babai baby..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

NETBOOK FOR SALE (HP Mini 1100)

HARGA BOLEH RUNDING... LESS THAN RM1200...
sape cepat die dapat! :)

HP Mini 110 Spec:
Intel Atom N475 Processor 1.83GHz (note: Intel Atom N450 Processor 1.66GHz for HP Mini 210 )
250GB (5400rpm) Hard Drive
1024MB DDR2 SDRAM (1 Dimm)
Genuine Windows 7 Starter (32-bit)
HP Quick Web
Webcam
10.1'' Diagonal WSVGA Anti-glare Widescreen Display(1024 * 600)
Intel Graphic Media Accelerator 3150 With Shared Graphic Memory
802.11b/g/n (Note: 802.11b/g for HP Mini 210)
2 in 1 Digital Media Reader
3-cell 27WHr Lithium-Ion-Battery




totally baru dari kotak. never used yet..
dara lagi.. huhu

mmg best gune. anytime. anywhere...



seriously baru. harga under RM1200

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Alhamdulillah..

Bersyukur kerana maseh hidup..
bersyukur demam maken hilang...
nadia akan lebih cube untuk berfikiran posistif.
esok pensyarah nak dtg..
kene get ready..

:)
saya mahu melupakan dunia n diri sy seketika..
nadia.slamat tinggal. liltle gurl.
welkam cikgu Raja Nadia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kekuatan perlu ada.

hurm.. emosi tak stabil.
esok kene mengajar sehari.
4 rps kene buat..
mcmne nak bagi bdak2 ni berminat.
aktiviti ape yang kene buat.

otak guru prasekolah kene sentiasa berfikir..
tambahan pula guru prasekolah ni mmg kene slalu melibatkan  bahan maujud..

otak demam ni tak dpt berfungsi dgn baik..
harap dapat setelkan rps arini..
nak buat lemabran kerja dan menghias buku rekod mengajar.

nadia ingatdah sihat arini..
tp tak jugak rupanya..
pagi tadi dah basuh kete..
yippi. kelly dah cantek..
kelly. love u..
name kete kelisa mama kelly..

erm. tanx mama bagi ya pjm kereta..
kalau tak, tak dapatlah nadia bergerak kat cni..
bersyukur punyai mama n ayah spt mama n ayah skarang..

nadia bersyukur ats segala apa yang Allah kurniakan padaku..
maseh lagi dibelenggu dgn abg jang..
knp? erm. biarlah rahsia..

Ya Allah.. Setahun lebih je lagi.. nak melepaskan waktu belajar ni..
cepatlah mase berlalu..
nadia tak sabar dah ni..

erm.. nadia mahu membawa diri..
nak offline seketika..
nak merelekkan diri..
nadia tertekan dan bertekanan pada diri sendiri.

hurm.. take care sume.

Ya Allah.. permudahkanlah dan lapangkanlah hati dan dada org2 yang aku syg...
Amiiin..

Allah sentiasa di sisi kita...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Malam yang makin suram...

hurm..
trase perit.. tapi tak siapa yang tahu..
senyuman dpt menutup jiwa..
tp..
jiwa yg luke ni..
takkan siapa tahu..

tiada siapa yang salah...
tiada siapa yang betul...
biar hati ini terus berbicara..
tentang hati..
tentang jiwa...
usah pedulikan lagi..
rasa hati ini..

kekuatan hati.kekuatan jiwa.
semua dtg dari diri kite sendiri shja.

nadia.kaw perlu menjadi kekuatan.
jd kuatlah kamu untuk ibubapamu..
adik2mu.

nadia..strong gurl baby.

Cik Nad : Anda adalah permata.. ingatlah.. sygi dirimu.. Allah sentiasa di sisiMu.
syg ayah mama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

demam praktikum

hurm..minggu ketiga, sgt unbelievable.. i've got my fever..
damnly merosakkan mood tuk menyiapkan keje2 praktikum..
Pn Rose.. sy tak mampu buat spt yang puan nak. tp sy janji sy akan buat yang terbaik dr diri sy.

demam ni mnyakitkan..
huhu. lame tak letak gambar ke ape semua kat blog. asik tulis je.

tekanan demi tekanan terpaksa di hadapi..
duet. elaun. praktikum. sekolah.
sume lah.

tapi yang pasti. kite kene kuat n bersemangat.
skang ni kepala tak betoi lagi...
selsema mcm hape je ni..
mate tak larat nak celik.

nadia, pity u..
dah la rindu en teddy.
die pun terlalu bz...
takpelah.

lepas ni, nadia mau jadi bulan yang mengambang..
tak maw tulis mende pelik2 dah kat die..
nak ngadu kat mama je pasni..
tp harap mama tak susah hati..
yaya ni kdg2 manje sgt.
tp stil kuat semangat...

lagi 25 hari tuk habiskan praktikum..
Nadia. be strong!

Demam. fever. GO away!

i dont need u!

i neeed to do my work...

mggu depan akan diobserve lagi oleh pensyarah..
kene get ready..

baby. love u.
mama n ayah. pray 4 me. i need ur bless.
ima n adik iz : love u too adik2 cyg
Nadia : litle pwincess ni kene kuat taw. kene jadi cikgu yang kuat smgt.

Ya Allah.. permudahkanlah perjalananku ya Allah...lindungi Aku dalam jagaanMu ya Allah.... Aku tahu, Kau sentiasa di sisiku....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Penyeliaan praktikum fasa 2 buat pertama kali

Tq Puan Ros sbb dtg jenguk kami kat SK Bandar Raub..

wow. lepas ni, kene improve lagi banyak..
nadia n nurul skang akan jadi lebih bersedia insyallah...

elaun tak masok lagi...
tapi kalau masuk pon, mst abis tuk byr hutang je..
pasni nadia dah tak mo gune modem.
dah boring dah rasa..
its time for rest..

nadia akan gunakan medium internet ni tuk mende yang lebih berfaedah..
nadia. litle gurl yang belajar ttg kehidupan.

skang ni, masalah pun slalu dtg..
tp ingat la.. Allah tu Maha Adil...
Mesti ada sebab tuk die uji setiap ujian tu..
ade die nak tunjuk kebaikan atau keburukan ttg sesuatu..
mungkin juga untuk menguji kekuatan kita seadanya.

Mama, ayah.. Be strong..
we must strong..
because u all are strong..
huhuhuhu.. amende la nadia ni..

Tp nadia mahu pikir positif..
smoga org laen pon mcmtu juge..
esok besday ayah..
waaaaa... rindu ayah...

erm. bile nak jd matured ni.
k. ayah. love u.
doa ya sentiasa di sisi ayah..
usahkan tulis..setiap kalimat dari mulut ni..
sentiasa mendoakanmu...
mama juga begitu..

abg aiman..
terima kasih tak pernah lupekan ya..
kite jauh skang..totally..
tambah2 praktikum.
but i'll neveer forget u dear.

en teddy..
i miss u badly.
mujurlah awk memahami...
smoga kite disatukan di dalam iradatNya..
Amiiin..

kwn2 gudluck praktikum ni..
para pensyarah.. doakan kami...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Praktikum minggu 3

Minggu ni masuk minggu ketiga...
tinggal lagi 5 minggu...
ya Allah.. Kuatkanlah hambaMu ini...

biarlah ak dpt buat terbaek.
at least hanya tuk kepuasanku sendiri.
buat habis baek.

try the best.
Sy tak mengharapkan kecemerlangan dlm praktikum ni.
sekadar mahu buat yang terbaik yang sy tahu sy leh wat.

Pn rose, maaf la ssh kan puan rose.
tak sabar nak tunggu penyeliaan dari puan Rose.
nak habiskan cepat2 kalau leh..
bukan tak suke..
tp praktikum ni best bile tak di observe sgt..
huhu..

Mama n ayah..
love u..

dah tak lama lagi besday ayah..
ke 56..

wow.tp mentain lagik tau.

erm. rase nak berblog dengan lebih serious..
bukan lagi dgn keanakan lagi..
bila awk mahu transform ni..

k.. praktikum.. sgt bz..
i need space. need time.

God, bless me.
Peliharakanlah aku dalam jagaanMu ya Allah..
sesungguhnye,aku merindui kasehMu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Nadia oh nadia.

okei. kat skolah raub  ni ade dua guru praktikum name nadia..

Raja nadia n Nurul Nadiah.

sweeeeet kan?

nadia amat penat, nantoknye...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Minggu kedua...

huhu.. elaun bile la nak masok..
ya Allah.. byknye nak gune duet skang...
ni praktikum minggu kedua..

hujung minggu leppas, kami terlibat dalam perkhemahan SK RAUB.
wow! pengalaman pertama..

erm.. yang laen2 tak smepat nakcite..
yang pasti.. printer rosak.. kene beli baru ni.
sbb tak smpat nak baiki dah...

minggu ni pensyarah nk datang.. huaaaa....
i'm not totally prepare yet.

abg jang pulak.. please...
cukuplah tu.. dgrlah kate mama...
kolej kesihatan.. please...

adik imaku syg...
smoga adik ima kuat.
kite mesti seteguh karang!

k. take caresume...
byk nak tulis, tp nadia mungkin
tak smepat tulis byk time ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Praktikum Fasa dua..

Esok dah bermula satu lagi sejarah dalam bidang perguruan ak..owh. menjadi guru praktikum buat kali kedua.
sungguh tak disangka. dah bermula pun.

skang nad dah ade kat umah sewa...
en Mazda yang carikan. tanxx encik Mazda.
Ayah encik mazda sdg sakit, so jom same2 doakan..
agar beliau cepat sembuh..

erm, kat sini jugak, nad nak cerita ttg mantan guru yang hebat..
erm.. sape yek?
nntlah..
nad g umah dia aitu.
best sgt.

so nantok n penat.
miss my fmly n teddy..
so long..
nite, salam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Anak puteh telah kembali ke rahmatullah...

takmo tulis.. tp tulis gak.. anak2 puteh due2 dah takde. sian die.. nadia sedeyh tgk die..
k.babai..

mggu depan dah start praktikum. umah sewa dah dapat. tp.. nadia sedeyh..
kwn2 pun rse camtu. tau tak.. praktikum sgt2 wat hidup merana seketika. seronok tu ade,
tp ntahla terase susah sgt praktikum. takot tak dapat buat yang terbaek..

2 bulan. hurm.nadia bawak kelisa kot nnt.erm. cian mama n ayah. byk abis duet sbb nadia.. nadia rase sgt sshkan mereka.

abg eman lak. tpakse sshkn die gak. erm.

nadia owh nadia.

nadia maken kurus skrg tau..
bile nak gemuk nih...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Good neus! Puteh dapat anak~

lalallaaa... indahnye hari ini.. kambing kesayanganku dapat beby.. dapat due ekor.. sekor itam putih, sekor lagi puteh hitam. haaah.. kecik je dua2 ni.. Puteh nampak sgt hepi.. muke die penuh keibuan.. sy syg kat puteh.. rase terharu.. mcm dpt anak sedara.. huhu..

si puteh selamat beranak jam 6.45 or pukul 7 kot. sbbnye nad tgh bz tlg mama masak.tetibe ayah ckp, "puteh beranak dah ya.." then ya pun tekejut n melompat dgn girangnye.. "yeeeeaaaaa!!! seronoknye."

as u know, nad sgt suke anak kmbing... tp sedeyh.. mama ckap nak jual dah sbb sian kat ayah.huhu. anak kambing mcm puppies... kite tak dapat belai n pegang puppies so jomla pegang n belai anak kambing. i'm sure korang akan suke. very cute tau..

erm.. sebenarnye bmbang jugak nih. si htm puteh tu.. nampak sgt lemah.. die mcm terlalu lemah je..
yang cumelnye die ni. sume hitam cume pewoot je puteh. mcm panda. kan..kan. hehehe.. die pon kecik sikit. jadi nad akan panggei die adik. hurm.arap2 la sume betina kali ni. sbb banyak sgt dah jantan.. bowink je  tgk ketul2 tu.. huhu

harap2 anak2 puteh akan kuat n bertahan.. kesian. dulu puteh kene breast cancer. (mastitis), jadi dia punye puting susu sudah takde satu. tinggal satu je. mst nnt gado2 n berebut nak susu. huhu..~

hari ni, kalau dlm tv ade citer psl kmbing or binatang cerdik, myb dulu tak percya.. tp skarang nadia pecaya.. sbb puteh juge sgt pandai.. erm.. puteh oh puteh..kaw kene kuat. anak2 mu juge. barulah rase bahagia... x mo sedeyh2lagi..

owh.  daku menjadi saudara kambing.. auw. takpelah. makhluk Allah juge.. yang penting, kite jaga dgn baek n tak seksa meke. tp nadia dah jatohh syg.. owh.. itu bahaya.. lalalaaaa....

goodnite si puteh syg. si tamteh m si tehtam juge. smoga kamu hidup..n kuat..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Gambar putritadika..(hahaha)

Saye suke gambow ni.. saje nak tunjuk. huhu.. ~


erm. muke tgh bahagia.
ohoho.. tp skarang.. tgh sedeyh.. sbb tgh windu die..
dia satu2nye org yang nad rase sgt berbaloi untuk disayangi.
mungkin org laen tak paham kenapa. tp sy tahu kenape.. huhu
:: love u. emanadya ::

semoga takde aral lagi yang akan memisahkan kami..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

I'm going home..

today. i'm going home..
madly miss my family..tp balek pon banyak gado je.
hehehe..
ramai gile orang nak kawen taun ni..
happy sbb tgk kawan2 hepi..
bile nadia nak kawen ni..
huhu.. hehehe
malam ni, insyllah, sampai kul 8 lebih..
harap2 perjalanan selamat..
nadia takot sgt ngn mati..
banyak lagi dose tak tertebus..
tak berbakti pada mama n ayah lagi..
tak ringankan beban lagi...
tak kawen lagi..
banyak lagi nadia ingin buat..
pape pun, nadia mintak maaf ngn semua orang andai sesiapa yang knal ngn nadia ni.
nadia takot.. tak smpat nak mintak maaf ngn semua.

pape pun, nadia arap semua ok.
takmo sedeh2. mende tak pasti, tapi kite sentiasa kene bersedia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pengganas & Lanun Israel Menyerang Lagi

Petang tadi, jurucakap kerajaan haram Yahudi ISREAL diasak bertubi-tubi oleh wartawan berita Channel 4, sebuah siaran TV di United Kingdom. Ia berkaitan serangan terhadap rombongan kemanusian terdiri dari enam buah kapal di perairan antarabangsa. Rombongan tersebut digelar "Gaza Freedom Flotilla"

Dengan muka selamba dan tidak mengendahkan sebarang pertanyaan panas oleh wartawan terbabit. Jurucakap tersebut seperti biasa beralasan bahawa serangan yang dilakukan adalah kerana mempertahankan diri. Walaupun jawapan itu telah diketahui karut dan tidak waras, mereka sama sekali tidak peduli. Senjata juga kononnya dijumpai berada di dalam kapal-kapal terbabit, namun ia hanyalah spanar, pisau, parang dan tukul. Tidak munasabah alat sedemikian boleh dinggap senjata melawan Israel.

Egonya ternampak jelas, walau nama United Nations (UN) disebut berkali-kali oleh wartawan sebagai menuntut siasatan dan kecaman serangan dan pembunuhan sekitar 10-20 orang awam dan menyebabkan kecederaan puluhan yang lain selain membuat tangkapan dan serangan di perairan antarabangsa. Kini, semua ahli rombongan sedang ditahan dan kita sangat bimbang apabila terdapat ramai wanita muslimah khususnya dari Turki yang turut ditahan ketika ini.

Namun, tiada sebarang respect (hormat) atau apa jua kepada apa sahaja nama yang disebut, apa jua kerajaan. Itulah tahap keangkuhan kerajaan haram Yahudi Israel.

Serangan dan penahanan itu selain melibatkan warga Malaysia, ia juga melibatkan warga sekitar 41 orang warga British. Keadaan itu memaksa UK untuk bersuara menuntut penyiasatan lengkap dan telus.

YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORIST

Benar, itulah Yahudi Israel Zionis jika dilhat dari definisi terrorist menurut kerajaan Amerika

Under Section 3 of Executive Order 13224 "Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism", the term "terrorism" means an activity that...

(i) involves a violent act or an act dangerous to human life, property, or infrastructure; and

(ii) appears to be intended

• to intimidate or coerce a civilian population;

• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or

• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.

Selain itu, mereka turut menunjuk kuasa melebihi US, Eropah dan dunia apabila tidak ambil peduli kecaman masyarakat antarabangsa kerana menyerang rombongan kemanusian di perairan antarabangsa. Akhbar Britain, 'The Independent' hari ini turut menyiarkan beberapa kritikan media Israel terhadap tindakan kerajaannya, antara yang paling menarik adalah kata-kata Ben Caspit, di akhbar Isreal, Maariv, katanya:

"The Israeli image took a mortal blow and all this happened deep in International Waters and tunred Israel into a pirate state".

Memang benarlah apa yang dikatakan, Israel sememangnya negara Lanun yang dihuni oleh lanun-lanun.

BANTUAN TERPANTAS KITA

La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas dari kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tenetra MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.

Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa.

QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِك فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Mungkin kita juga boleh berdoa agar lubang besar luar biasa yang terbentuk di Guetemala itu terbentuk di Negara haram Israel.


Teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin khususnya yang semakin tersekat bantuan asasinya, demikian juga Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa kita boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu kita, kita juga dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.



TINGKATKAN KEPEDULIAN

Akhir sekali, tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.

Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.

Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:

أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني

Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu (Riwayat Muslim)

Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-

أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله

Erti : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)





Sekian,



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

2 Jun 2010

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/934/72/

hanya mahu menyebarkan.. Ya Allah.. sabarlah wahai kaum muslimin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Selamat Hari Lahir ke 22 Mr Teddy sayang..

Selamat hari lahir sayang.. Aiman Bin Hamidon.. pada 24 May yang lalu... very happy.. maseh lagi bersama dia. Tahun lepas, merupakan tahun yang banyak menguji dia. tapi alhamdulillah. dia dapat hadapi juga dgn sabar. erm. tapi tahun ni, tak dapat jadi org 1st pon. tapi takpelah. yang penting dia happy.. 

Post ni lambat sket coz i'm hardly to spent a bit time to publish this post. huhuhu. 
my God. oredy 22 years. abg dah tue. takpe. kite tue same2..


Sayang.. ya doakan segala yang terbaek tuk awk.. ya bukan doakan time hari jadi awk je. tapi dah setiap kali sembahyang.. takpe. ya tak yah tulis sini ye..

Pemergian mama abg pon dah setahun dah.. kite doakan dia aman di sana.. yang pastinya ya kat cc awk.
sayang abg.. Semoga kite disatukan dalam iradatNya.. Amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ada hadis rupanya psl sanggul tinggi tu...patut dah jd trend akhir zaman..

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.
Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.



** ni nadia terbace di notes hidayani. hanya menyampaikan kepada sahabat2 wanita di luar sane. smoga ilmu ini bagi kite peluang tuk kite lebih brhati2 kelak. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mama selamat hari Lahir!

Mama... 
Selamat hari lahir yang ke 49...
kaseh sayangmu tiada tandingan ma..
mama. yaya windu mama..
i dont know what to do if i lost u..
u are the best mom in the world..
even kite slalu gadoh kat umah..
huhu..
tp yaya baek kan? kan?
huhu..
mama... tanx for being my mom..
Hanya Allah je dapat balas segala kebaikan mama..
mom.. I LOVE U...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pesanan Asma’ binti Khorijah kepada anaknya. (pengantin baru)

"Sesungguhnya engkau akan keluar dari sarang yang membesarkanmu lalu engkau beralih ke tempat tidur yang tidak kamu ketahui dan pendamping yang kamu tidak pernah bergaul denganya. Maka jadilah engaku sebagai bumi baginya agar ia menjadi langit bagimu.  Jadilah kamu hamparan baginya agar ia menjadi sendi bagimu.  Jadilah hamba baginya agar dia menjadi hamba bagimu. Janganlah engkau memaksa tuntutanmu sehingga dia membencimu. Janganlah engkau menjauhinya sehingga dia melupakanmu. Jika dia mendekatimu, maka dekatilah dia dan jika dia menjauhimu maka hindarilah dia. Jagalah hidung, pendengaran dan matanya. Janganlah sekali-kali ia mencium dari dirimu kecuali bau yang harum, janganlah ia mendengar darimu kecuali ucapan yanag baik dan janganlah ia memandang darimu kecuali yang indah-indah”.

trase insaf mendengar ayat2 ini... hurm. smoga suatu hari nanti. akan ku jagai segala tingkahku.. dan sentiasa berdoa pada ALLAH.. agar aku akan menjadi isteri solahah buat suami. Insyallah..

pesanan ini diriwayatkan oleh Asma’ binti Khorijah kepada anaknya tatkala malam pernikahan anaknya. Semoga bakal2 isteri akan mengambil iktibar terhadap pesanan tersebut. Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bila anda stresss, amalkan doa ini...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Renungan dari sahabatku - Adibah..

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"



Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

terima kaseh atas ingatan ini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mase untuk STUDY.

4taun dah ku belajar di institut ni..
skang dah mula rasa bosan untuk jawab soalan...

Andaikata BPG buat kami2 ni sbgai ujikaji ibarat tikus puteh..
jadi sebenanya, BPG / IPG juga patut menerima / bertanyakan pendapat kami sbg bahan ujikaji.
untuk penambahbaikan.
Saya akui, saya tak layak untuk memberi pandangan, tp sy beri juge sbb ni blog saye kan? kan?
bg saya, terlalu lama 5taun setengah belajar dalam bidamg perguruan.
belajar teori banyak. tp tak semua apply di sekolah.

bagi saya, bila dah stat praktikum ni. kurangkanlah paper.
mmg akan kurang jugak kan nnt.
tp sem ni kami adew 5 paper. pastu..
nak memberi pendapat tentang praktikum...
silalah bagi mase yang lame terus mcm budak2 u.
setengah tahun last ke.
2taun maktab, setahun sekolah, dan 2taun maktab.
kan best gak tu. tp maksudnya, jangkamasa yang lame sikit.
stakat sebulan, dua. tiga..
hurm.. tak rase ape..

membebel je kan?
huhu. sekarang, waktu untuk study.
saye baru shj dapat buat mende yang saya dah lame pikir.
dah lame plan. jadi saye menunggu mase je.
huhu.
nadia oh nadia.
luse awk exam.
so please..jgn maen2..
jgn hampakan ayah n mama...
saye tau exam mktb mcmne..
jadi saye akan buat sguh2 nnt.

semangat. dtgla padaku.
en teddy juge. awk terlalu bz skg..
bmbg dgn exam awk nnt..
arap mggu ni awk akan setelkan sume keje awk.
n awk boleh fokus pada exam nnt...
awk pun tahu kan.
exam juge penting.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Berkapel. Bertunang. Ade beza kah perasaan tu?

Hurm. bila difikirkan tentang bertunang ni..
indahnye perasaan tu. rase bahagia je.. ( betul ke?)
tapi sebenarnya.. takde beza pun perasaan seseorang tu..
mungkin dari segi tanggungjawab shj yang berubah.
bila sudah bertunang.. pasti kita akan lebih bertanggungjawab terhadap bakal suami atau isteri kita tu.

Tp dari segi perasaan. takde pun satu fakta yang menunjukkan sesudah bertunang itu, berkawen itu pasti..
oouuh. tidak. Jodoh maseh milikNya. ajal maut maseh di tanganNya.
perasaan curang ke ape pon maseh boleh menghantui.
bertunang tak jamin ape2..
same mcm kapel gak.
erm. berbezakah perasaan tu?
teringin nak tahu pengalaman org bertunang..
takde ke org nak bercerita ttg kisah mereka bertunang? huhu

erm. Kpercayaan lah yang paling penting.
mungkin melihatkan sesetengah kisah kaseh yang tak kesampaian,
buat takut nak menghadapi title itu.


Segalanya ku serah pada takdir...
Andai CINTA itu pasti milikku, 
tak perlu ku kejar..
ia akan datang..
bila ia ditakdirkan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Selamat hari Guru

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

formspring.me

Ask me anything...~ http://formspring.me/rajanadia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

MOOD... :*(

Minggu ni dah start exam. fuyooo. kali ni 5 paper.
ari kamis ni start.. ari kamis ni besday mama..
tp tak ade kat umah..
doa dari kejauhan sajelah..
alwais love u ma..

confession pertama : saye rindu dia.
huhuhu...rase nak nanges...
slalu tgok gambar2 kami bersama..walaupun tak banyak..
penyaket rindu yang takde ubat...

org senang je kate ape pun sbb meka tak rase apa yang nad rase..
ape yang nad lalui?
owh. meka tak rase..

confession kedua : sgt malas study.
tp pegang gak buku sket2 ni.
chaiyok2..

skang ni mood tak stabil.
selera makan pun tak stabil.
ape nak jadi..

saye rindu waktu dulu..
kenapa rase waktu dulu lagi bahagia dari skrg eh?
saye berubah ke?
erm..

Ya Allah.. temani aku dalam perjalanan ini..Ya Allah..
kuatkan hatiku...Hanya kepadaMu tempat aku mengadu...

*dia dapat bini baru nnt. black saga..
congrates..saye bangga dgn dia..
knpe? sbb dia seorang yang berdikari...
sy syg dia. knpe?
sbb dia org pertama yang menyentuh hati sy..

* dalam pencarian ini..apa yang kita cari?
dalam kehidupan ini, banyak yang perlu kite tempuhi...
kadangkala, kita lalai dan alpa..
kadangkala kita tak sedar..kite telah menyakitkan org lain.
kadangkala.. kite lupa.. segala kaseh syg yang pernah ada..

*nadia mau study. nadia rindu. nadia oh nadia. dah la. fikir ttg study dulu.

ingat ALLAH.. Ingat Allah.

semoga org laen sentiasa bahagia dan diredhai ALLAH...
smoga mama n ayah bahagia juge di rumah..
serta insan tercinta. Aiman..
semoga awk bahagia selalu....

Cik Nad..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

NuffNang. Money oh Money~

org owez ckp pasal nuffnang.. dpt duet la.. mmg ade yang dpt smpai berthousand2 sebulan.. sbb nuff tu..
tp masalahnye. nad tak reti pun nak letak. huhu.
huhu.. penah ade. tp dulu dah terdelete dah..
tu pun mr teddy yang letakkan..
melihatkan keadaanye yang sgt2 bz..
mmg takkan letak la nuff tu..

jadi..sape2 yang baik hati.. bgtau la. kod ape nak kene amik.
ekceli tak explore abis pun agi.

minggu depan exam.
20hb5. start 1 st paper. Budaya dan Pembelajaran.
sape ade spot leh bg.

hurm..
mau start study esok. smoga semangatku dtg..
Chaiyok2 kawan2.

rindu mr teddy.
hurm..
Rindu tak tertanggung dah.
tu lah salah satu yang tensyennye.
nak jumpa. tp ikut jodoh je.
REDHA. tu je leh kate.

Take care semua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Dosa-dosa dan FACEBOOK

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.



Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.


Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.



Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.



Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.



Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.



Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.



Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.



Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sin ( http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=99)



3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.



Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.


5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.



Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).



Ini boleh menjadi dosa, kerana :-



a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan



Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.



Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.



Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.





KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/

Credit to : Nurul Nadiah Nordin :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Related Posts with Thumbnails