Mama dan Ayah.. Aku amat mencintai kamu berdua..

Salam sayang buat semua.
nadia dah jarang tulis blog..
kadang2 je..

nadia rasa sgt bertuah sebab dikurniakan mama dan ayah yang sangat memahami.
segala benda yang nadia hajatkan, semua dapat.
walaupun bukan dengan cara yang senang kami dapat tu.

nadia sekarang dah berumur 22 tahun, dan tahun depan merupakan satu lagi fasa yang sgt mencabar.
nadia kene kuatkan mental dan fizikal...juga rohani.

dulu waktu kecik2 dulu, kami sgt susah..
ayah keje kilang dan ada juga tak keje sbb kilang tutup.
dulu ayah kerja kilang dekat umah. kilang metro pasific.
skrg dah takde..

ayah g ngn motor je.
motor pertama ayah dan mama beli is motor suzuki.
tapi ayah dah jual awal dah sbb nak beli motorsikal lain kat abg tahun 2001.
mama pulak. awal2 dulu kerja kat mentakab. pahang.
mama ulang alik tganu-mentakab mula2 kerja dulu,
waktu tu abg kecik lagi..
tok jarah la yang jaga. (mak mama)
kesian abg sbenanya.
mama tak dapat jaga waktu kecil.
minum susu tepung je sbb mama takde kat cc abg.
n mcm2 lagi la.

untuk sampai ke tahapskrg ni..
semua mula daripada susah.
dan apabila dah berkahwin dan mempunyai anak,
Allah akan bg rezeki lebih kepada mereka..

nadia tahu kesusahan ayah n mama
sbb nadia dari kecik lagi dah matang..
nampak je nadia kecik, tp sbenanya pemikiran bukan mcm org biasa.
sbb tu nadia n mama mcm kawan baek.

okei2.
waktu kecik2 dulu nak anak patung dapat.
nak gelang kaki dapat.
nak basikal dapat.
nak skuter, dapat.
nak gelag dapat,
nak pape je..semua mama n ayah beri..
tetapi semua dalam bentuk pengukuhan positif.
bukan saja2..
kene usaha dlu..
dapat nombor yang elok..
berusahalah yang pastinya.

mama hidup dia sgt susah dulu..
mama slalu cerita..
nadia sgt rindu mama.
walau balek umah sgt banyak kene mara ngn mama
slalu tak puas hati ngn mama.
tp nadia sgt sygkan mama.

tak sabarnya nak keje dan beri kesenangan pada mama dan ayah pulak.

tahun depan mungkin titik perjuangan baru buat  nadia..
mama dan ayah merestui.
nadia gembira. tp tanak bebankan dia.
sbb semua nadia syg.
tanak bebankan mama dan ayah.

nadia slalu doa agar Allah jgn ambil nyawa mama dan ayah selagi nadia tak balas jasa mama dan ayah..
amiiin..
*rase nak nanges*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "Mama dan Ayah.. Aku amat mencintai kamu berdua.."

  1. ~AmiRa SeNSei~ says:
    November 22, 2010 at 10:25 PM

    sedeyh bce kisah aje...
    btw,hope all ur wish..all ur h0pe..
    will c0mes true gal!!
    ameenn....~~
    (^_~)

Related Posts with Thumbnails