What Number's yours?

Simple calculation.

Example:

Tarikh lahir: 21.06.1988

Simply add 21+6+1988= 2015
2+0+1+5 = 8.

Nombor anda 8.


1. Ketulenan

Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari
dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik
dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

2. Pendamai

Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain
sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan
berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup
untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk
meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria

Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif

Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis

Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko
serta sangat bersemangat (enthusiasm).Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari
sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka
tidak pernah terhenti.Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan
mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik

Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi
keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual

Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang
baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima
kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian

Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri
daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon

Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan
dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada
nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

3 Response to "What Number's yours?"

  1. mUTe says:
    April 30, 2010 at 6:35 AM

    Oh.. Aku no 3! haha.

  2. eiymnajmie says:
    May 1, 2010 at 6:39 PM

    i got my number.. 1 ..hehhe

  3. ♥ Cik NaD ♥ says:
    May 1, 2010 at 10:48 PM

    Waah.. num 3 - Ceria...
    num 1 - ketulenan...

    bagus2..

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers