Movie Review : Setem

http://filemwayang.com/wp-content/uploads/2009/07/filem-setem.jpg

Setelah gandingan pelakon Afdlin Shauki and pengarah yg mmg terkenal dengan drama2 kualiti tinggi macam Manjalara dan Nurkasih,Khabir Bhatia..kolaborasi 2 insan ini sekali lagi dizahirkan dalam filem ke 2 mereka iaitu SETEM selepas SEPI....

ternyata x rugi aku ngan housemates aku gi tgk cite tu mlm jumaat lepas...mana daknya...semua scene dalam ni mmg lawak gila...thumbs up laa kat crew filem nih...part paling x bleh belah masa mat rempit (diketuai shoffi jikan,mamat ni punya lakonan pun aku suka gak)serang keta volvo afdlin shauki...yg sebenaqnya dlm tu ialah Pirana Lim...

So malam tu aku,mat apit n zap@joe...pegilaa tgk filem Setem ni...aku mmg menantikan filem2 baru afdlin....mmg aku minat semua filem mamat JB ni....so mlm tu melepaklah kami kat sunway...

banyak benda yang menarik dlm filem ni....aku list kan ape yg aku rasa unik...yg len hangpa pi tgk sendiri laa...

1. keta volvo lama yg dicat air brush

2.ketua kongsi gelap cina yg cakap utagha

3.ikan pirana

4.setem

5.fungsi gps pd phone



Tahun 2008

Pada sekitar tahun 2008, Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan.

Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut.

Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium.

Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya bukan semudah itu untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau.

Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu. Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa. Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello.

Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskander, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Yasmin, kakak Iskander yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander.

Siapakah yang memilikinya? Apa pula berlaku kepada mereka semua? Nantikan kemunculan ‘SETEM’ di pawagam berhampiran anda.

Filem 'Setem' dibarisi dengan pelakon-pelakon hebat seperti Afdlin Shauki (Joe),Rashidi Ishak (Sid), Vanidah Imran (Alliya), Que Haidar (Iskander), Bront Palare (Burn), Datuk Aziz Sattar (Pak Ramli), Datuk Jalaluddin (Adnan Hassan), Aziz M.Osman (Posman), Azwan Ali (Pengurus Restoran) dan Syanie sebagai Clubber.


sumber : mStar.com.my




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Movie Review : Setem"

  1. imHepPie says:
    August 1, 2009 at 11:12 AM

    wahaha ini celita aku pon suda tgk..
    part yg paling aku suka...

    Joe : smalam ko ckp Justin Timberlake
    Sid : aku ckp 'just dont be late'

    wahaha sgt klako..thumbs up!!

  2. ♥ Cik NaD ♥ says:
    August 2, 2009 at 4:35 AM

    haha.. mimie mmg advance la..
    jeles2..

Related Posts with Thumbnails