Bahasa Melayu Bahasa Antarabangsa


Leman pemandu teksi veteran. Dia tak main ambik pemandu dari stesyen keretapi dan hantar balik rumah. Dia hanya main hotel dan kawasan pelancong suka pergi.

Penumpang pelancong pun dia memilih. Arab dia tak main. Cerewet dan berkira. Cuma Mat Salleh. Mat Salleh yang pakai serebeh, bawak haversack dan macam seminggu tak mandi pun dia tak angkat.

Satu hari dia dapat satu penumpang couple Mat Salleh dari England. Dua-dua badan besar dan jantannya badan berbulu. Dia ambik mereka pasal mereka kelihatan agak kemas, sopan dan kebingungan.

Mereka masuk teksinya dan beritahu arah tuju ke Hotel Pan Pac di Airport. Ini kira bagus kerana dia boleh berdalih untuk dapat tambang lebih. Dia pun bertawar menawar dan orang putih ini pun setuju. Bukan mahal sangat pun untuk mereka. Dalm sterling paun kira sap sap swai.

Mula kereta berjalan Leman bertanya, "Where are you from and why are you staying at Sepang Airport?"

Isteri omputih menjawab, "Oh we are from England and just stopping over in KL on the way to Sydney. He have a few hours to just look around KL. It has changed much."

Tiba-tiba Rahim seorang lagi pemandu teksi taliponnya. Leman pun angkat. Rahim bertanya dimana Leman nak berehat makan tengahhari.

Leman menjawab, "Entahlah aku kena ke Sepang. Nak hantar beruk2 ni. Nanti aku talipon lah."

Selepas tu, Leman cuba bersembang dengan kedua orang putih ni tapi macam tak dilayan. Hinggalah sampai ke hotel Pan Pac. Sampai-sampai saja, mereka berdua keluar dan terus masuk tanpa membayar. Leman pun kejarlah mereka.

"Why you run away and did not pay?" jerit Leman.

"We are beruk. So we do not have pocket to carry money. Tanpa wang, kami tidak boleh bayar," jawab suaminya.

Leman ternganga dengar omputih ni faham dan tahu cakap Melayu. Menyesal ...

... Betullah Dato Dr Hasan Ahmad tuntut hapuskan PPSMI. Bahasa Melayu sudah bahasa antarabangsa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Bahasa Melayu Bahasa Antarabangsa"

Related Posts with Thumbnails