Cara Wanita Berjalan..

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita
yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan
orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap
egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir
wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya

itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini
biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita
seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman
bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon

wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita
seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan
orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan
rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya.
Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita
dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan.

Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati

lelaki yang dicintainya.


4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya
memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan
imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika
anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya
teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita

seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.


5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan
dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang
berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil.
Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk
diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak
persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan

dirinya sendiri.


6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan
sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang
lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki
pendirian teguh.
Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap
terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang

berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.


7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki,
 badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis
ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah
tersinggung.
Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah
menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah
mengalirkan air mata.
**wink**wink...
which one r ur's? heee...
pikir2kanlah..
bi..ya cmne?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "Cara Wanita Berjalan.."

  1. Anonymous Says:
    July 23, 2009 at 10:34 AM

    best2..tips ne best..:P

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers