Blognovela : Mami Rokiah Bahagian 2

Oleh: MSK

http://lh5.ggpht.com/afterglide/R0Ok2tW7C9I/AAAAAAAAD5A/zPameTmmbG4/IMG_0380.jpg


Sambungan…

Kami duduk disatu meja kecil, untuk dua orang…bertentangan. Mami Rokiah mengeluarkan rokok Marlboro Light dan menyalakan lighter. Disedutnya dalam-dalam. Hhsssttt…..fffuuuuh. dia menghembus kearah aku, macam bomoh mengubat mangsa hysteria.

Aku ambik sebatang…nak merasa rokok mahai. Aku biasa hisap rokok seludup..dua ringgit lima kupang sekotak. Rasa macam daun lalang.

“Masa tu hidup aku sunyi. Aku perlukan perhatian…tapi ada laki..tak peduli kat aku. Tapi aku nak mintak tolong kat sapa?” Mami Rokiah menyambung perbualan…menjawab soalan aku yang belum terjawab tentang bagaimana dia berubah. “Dan aku pun berkenalan dengan Pak Guard kat kondo tu. Dia la yang tolong aku pi market, pi cari barang dapoq.”

“Lepaih tu..hang syok kat dia kot?” aku tanya.

“Hisshhhh!! Tak kebuloq aku aiiih!” kata Mami Rokiah. “Dia anggap aku macam anak dia. Dia dah pencen. “

“Tak kan hang tak teringin kot?” aku tanya.

Mami Rokiah tengok muka aku. Aku tengok muka dia. Lepas tu dia tunduk.

“Aku dahaga, Fendi. Hang nak lagi ka?” Mami Rokiah tanya aku.

Berderau darah aku. Ayaq serai dalam gelas dah habih. Tekak dah kering dok telan ayaq lioq. “Boleh jugak..” aku jawab.

Mami Rokiah bangun dan kembali membawa dua tin minuman. Aku biasa minum Coke, yang ni dia bawa Jazz, tak pernah aku tengok. “Ayaq apa ni Kiah?” aku tanya.

“Non-alcoholic beer.” Dia jawab.

“Halal ka haram ni?” aku tanya.

“Hang pi tanya Hasan Ali!” dia jawab.

Fuh!!! Mami Rokiah pun peka dengan politik!! Aku ingatkan dok duduk dalam pub, dia cuma tau benda lain!

Aku tak boleh duduk bertentangan dengan Mami Rokiah. Baju spaghetti yang ia pakai, terlalu rendah. Bila dia tunduk sikit…mata aku terus terfokus ke situ. Aku bangkit dan duduk sebelah dia. Fuh!! Bila dekat, bau minyak wangi yang dia pakai..gerenti bukan dari pasar malam. Macam bau bunga bakawali atau pun bunga tongkin.

“Minyak wangi apa hang pakai?” aku tanya.

“Cacharel. Anais Anais” dia jawab.

Aku buat-buat tau. Minyak wangi Rope Walk ka, minyak wangi pasar malam ka…tak penting. Yang penting, bau dia cukup menawan.

“Bila laki aku jarang balik…dan aku pulak terpaksa meminta tolong pada Pak Guard, masa tu aku rasa lagi teruk. Orang yang aku harapkan, dia buat tak peduli. Tapi bila ada Pak Guard tolong aku, orang syak macam-macam.” Kata Mami Rokiah. “Dua kali pegawai ugama mai rush rumah aku…depa ingat aku ada affair dengan Pak Guard tu. Aku hidup susah, laki tak balik rumah…yang tu depa tak mau ambik tau. Yang depa nak tau…kot-kot aku khalwat dengan jantan lain.”

“Hang tak pi pejabat ugama ka? Bagi tau kat depa?” aku tanya.

“Aku pi!!! Pak Guard tu yang bawak aku pi pejabat ugama. Pak Guard tu sendiri yang bagi tau..pejabat ugama boleh tolong aku.Tapi loqlaq punya pegawai ugama…dia suruh aku minta cerai…jadi bini nombor dua dia! Hang ingat aku kebuloq sangat ka? Sat lagi..lari mulut rimau..masuk mulut buaya.”

“Tak kan orang pandai ugama nak buat tak senonoh kat hang kot?” aku tanya Mami Rokiah.

“Pirrrraaaah!! Hang ingat orang pandai ugama semua baguih ka?”Mami Rokiah cakap siap dengan lentok kepala… dengan tangan sekali merewang tak tentu hala. Yang ni, anak Penang saja boleh buat.

“Ni aku nak bagi tau kat hang…toksah dok percaya kat sapa-sapa la. Aku dah tak mau nak percaya kat sapa pun. Orang politik ka…orang ugama ka..serupa saja. Cakap nombor satu…tapi perangai macam hantu.” Sambung Mami Rokiah. “Mula-mula aku percaya kat laki aku, tapi anak harammm…dia buat tak reti kat aku. Aku pi jumpa pegawai ugama…depa pulak nak ambik kesempatan. Cakap punya baguih…suruh kita ikut Siti Khadijah…ikut Aishah…piiirrrah!! Depa seronok…kita tunggu turn. Ada akai ka?”

“Aku bagi tau kat hang. Antara laki aku orang politik dan ustaz pegawai ugama…aku lebih percaya kat Pak Guard.” Kata Mami Rokiah.

Aku teguk ayaq Jazz, pahit semacam..

Bagi aku, Mami Rokiah berada dalam krisis keyakinan. Peringkat awal, dia menaruh kepercayaan kepada laki dia. Dia menaruh harapan kepada laki dia. Dia merasakan bahawa laki dia mampu membawa kebahagiaan kepadanya. Tetapi lakinya mengabaikan amanah yang diberikan. Laki Rokiah sibuk dengan mencari harta..sibuk dengan mencari kepuasan diri.

Mami Rokiah memerlukan bantuan. Tapi orang yang sepatutnya membantu, hanya mahu mencari salah Rokiah. Macam pegawai ugama yang hanya mengintai, menunggu bila Mami Rokiah akan malakukan kesalahan. Dalam kepala pegawai ugama, perempuan yang kesaorangan …sama ada perempuan itu susah atau tidak, itu tak penting. Yang penting sama ada dia melakukan kesalahan atau tidak.

Mami Rokiah cuba mengubah nasib dengan bantuan Pak Guard, yang menaruh harapan bahawa pegawai-pegawai di pejabat ugama akan mampu menolong Mami Rokiah. Tapi apa yang berlaku adalah disebaliknya. Pegawai yang sepatutnya menolong, cuba mengambil kesempatan.

Macam mana kalau aku jadi Mami Rokiah?

Aku ambik rokok sebatang…sedut dalam-dalam…tak kata apa, aku menung sekejap.

“Hoi!! Tak kan kena Jazz pun boleh stim kot?” Mami Rokiah menepuk peha aku. Tangannya terus melekat dipeha aku. Aku pegang tangan dia. Dia tengok muka aku. Fuiyo!! “Sapa kata pekena Jazz tak boleh stim?”

Mami Rokiah cubit peha aku. “Gatai!!!” Dan dia terus bangkit.

“ Dok kat sini sat” kata Mami Rokiah sambil berjalan menghala ke satu bilik didalam restoran tersebut. Aku tak tau bilik apa. Ada banyak bilik dalam restoran tersebut.

Lama aku tunggu…Mami Rokiah tak keluar-keluar.

Merajuk ke dia?

Marah ke dia kat aku?

Apakah dia jugak merasakan aku juga cuba mengambil kesempatan?

Pasai apa dia tak syok kat aku?

Banyak sangat soalan bermain dikepala aku. Macam brainstorming kat bengkel pilihanraya pulak. Tapi sapa yang boleh bagi jawapan?

Tak perlu konsultan, tak perlu ahli akademik, tak perlu buat seminar untuk mencari jawapannya. Aku cuma perlu tanya kat Mami Rokiah!!!

Ayaq serai habih segelas. Ayaq Jazz habih satu tin. Aku mula rasa nak terkencing. Tapi bilik ayaq kat mana?

Aku ketuk bilik yang dimasuki oleh Mami Rokiah tadi. “Kiah!! Pancoq kat mana?” aku tanya.

“Masuk la…tak berkunci.” Jawab Mami Rokiah dari dalam.

Huwaa!!! Macam bilik hotel!! Double bed, cadar putih…dalam restoran pun ada hotel?

“Pakai toilet bilik aku.” Mami Rokiah mempelawa aku masuk kedalam bilik. Aku serba salah. Mami Rokiah hanya pakai tuala. Macam mana kalau aku masuk..tiba-tiba ada pegawai ugama rush? Macam mana kalau gambaq aku keluaq Harian Metro? Apa perasaan anak bini aku kalau depa baca?

“Masuk la. Takut apa?” Mami Rokiah tanya aku.

“Pintu depan hang kunci tak?” aku tanya.

“Pasai apa nak kunci?” Tanya Mami Rokiah balik. “Awat? Hang takut orang tengok hang kencing?”

Fuh!! Aku tak tau nak jawab apa.

Aku tetapkan iman. Sebelum masuk aku pasang niat.

Nawaitu sukam-sukam,

Janda muda sedang baring,

Sahaja aku masuk kedalam,

Sebab nak terkencing.

Bersambung….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Blognovela : Mami Rokiah Bahagian 2"

Related Posts with Thumbnails