Blognovela : Mami Rokiah Bahagian 3

Oleh: MSK

sambungan…

Aku masuk kebilik air. Tapi sebelum tu, sempat juga aku kerling kat Mami Rokiah. Fuiyo!!! Macam kucing tengok ikan dalam akuarium. Mami Rokiah senyum meleret bila nampak aku kerling dia.

Bila masuk pancoq, kepala mula ingat yang bukan-bukan. Macam mana kalau aku keluar nanti, Mami Rokiah tarik aku atas katil? Kalau tengok cara dia senyum kat aku…gerenti dia syok kat aku. Macam mana kalau Mami Rokiah minta ‘tolong’ kat aku? Orang ‘susah’ wajib ditolong!!

Kalau itu berlaku, aku nak buat apa? Pikiaq punya pikiaq, aku buat keputusan. Kalau itu yang dimahukan oleh Mami Rokiah…aku merelakannya. Anggaplah itu sebagai sumbangan Hari Raya! Ha..ha.

Bila aku keluaq dari pancoq, aku tengok Mami Rokiah dah siap pakai baju kurung!! Cheh!! Siap pakai tudung.

“nak pi mana ni?” aku tanya dia.

“Jom pi makan” dia jawab.

“Kat mana?”

“Kita pi hari raya. Mula-mula kita pi rumah boyfriend aku, lepas tu kita pi makan free kat rumah partner aku.” balas Mami Rokiah.

Aku dah tak dak mood. Ingatkan nak beraya kat situ saja…rupanya kena sambung puasa.

Tapi..tak kan nak pakai jeans dengan selipar saja? Tak kan nak balik kerumah salin baju?

“Hang ambik jaket dalam lemari tu.” Aku buka lemari dia..kemeja ada, kot pun ada.

“Sapa punya ni?” aku tanya Mami Rokiah.

“Boy-friend aku punya la”

“Gila!!” Dah la nak bawak aku pi rumah boy-friend dia, pakai baju lelaki tu pulak. Nak cari mati?

“Aku mintak tolong kat hang, Fendi. Hang berlagak jadi boyfriend aku, aku nak penaya dia” kata Rokiah.

Ciss!!! Mami Rokiah sengaja nak pergunakan aku untuk kepentingan dia. Hang ingat aku sapa?. Dayus sangat ka aku?

“Aku tak mau pi. Aku ada anak bini, ada tanggungjawab. Aku ada maruah, aku ada prinsip. Kalau orang susah, aku boleh tolong…tapi kalau nak tolong orang senang bagi lagi senang..tak payah pun tak pa.” aku bagi tau Mami Rokiah.

Mami Rokiah senyum bila aku cakap macam tu. Aku mati akai sebab aku ingat dia akan marah kat aku….sebaliknya dia mai rapat kat aku. Dia memeluk aku dan…cuuupp!! Satu ciuman hinggap dibibir aku. Aku lemah lutut…aku tengok lampu panjang dah berubah jadi pink.

“Hang tolong aku…lepas tu aku tolong hang la. Balik sat lagi, aku bagi komisyen. Best punya!!” Mami Rokiah merayu manja.

“Macam mana kalau sampai sana, boyfriend hang panggil geng Tiga Line, pukui aku? Buta saja…komisyen hilang, aku masuk hospital.” Aku bagi alasan.

“Hang tunggu dalam kereta saja dah la. Tak payah masuk. Aku pi tunjuk muka, lepaih tu kita mai sini balik.”

Fuh!! Senang saja. “OK!!! “ Aku bagi persetujuan. “Tapi kalau apa-apa jadi, aku tak mau masuk campoq!!” aku bagi tau kat Mami Rokiah.

Mami Rokiah senyum. Mmmmmuahh!!

Mami Rokiah suruh aku bawa kereta dia. Kami keluar ikut pintu belakang sebab kereta dia parking kat belakang.

“Yang mana satu kereta hang?”

“Tu…BMW warna hitam.” Jawab Mami Rokiah.

Aku tak pernah bawa BMW, tambah lagi yang baru. Aku tengok road tax..mati bulan Jun 2010. Mami Rokiah memetik remote control…kemudian dia bagi kunci kat aku. “La ni..hang drive. Sampai balik sini sat ni…aku drive.” Mami Rokiah senyum nakai.

Aku duduk kat tempat drebar…mencari lubang kunci…tak jumpa. Tiba-tiba enjin hidup dengan sendiri. “Kereta ni start tak payah pakai kunci ka?” aku tanya Mami Rokiah.

“Nak start tak payah pakai kunci…tekan start button ja. Tapi kunci kena masuk juga dalam lubang dia…kalau tidak tak boleh nak bukak accessories.” Jawab Mami Rokiah sambil tersenyum. Kemudian dia cerita kat aku satu persatu…macam mana nak bawa BMW 328i.

Memang sedap bawa BMW. Mungkin pasai dia pakai minyak pelincir fully-synthetic. Lembut dan lancar. Tak sampai dua puluh minit, dah sampai. “Terror jugak hang bawak kereta kat Penang, no? Awat tak ikut jalan jauh, lambat sikit sampai baru syok.” Kata Mami Rokiah.

Aku pandu kereta terus masuk melintasi Pak Guard di Gurney Tower. Pak Guard tabik hormat. Aku rasa macam Jeneral Pencen.terus ke parking lot. “Hang tunggu sini sat” Mami Rokiah bagi tau aku. Dia terus keluar menuju lif. Naik tingkat berapa..aku tak tau.

Lebih kurang 15-20 minit, Mami Rokiah keluar dari lif dan terus kekereta. “Hang kata nak bagi boyfriend hang tengok aku…hang kata nak penaya dia.” Aku cakap kat Mami Rokiah.

“Dia dah nampak hang.” Kata Mami Rokiah.

“Aku tak nampak dia pun..” aku jawab.

“Tuuuu!!” Mami Rokiah menunjuk kearah kamera CCTV.

“Ceh!!” Aku yang kena penaya.

“Jom…kita pi lunch kat rumah partner aku.” Ajak Mami Rokiah.

“Tak mau” aku jawab. Sat lagi sekali lagi aku kena penaya. Last-last apa pun tak dapat.

“Hang nak komisyen tak?” dia tanya.

Aku serba salah. Nak kata tak mau…hati aku mau. Tapi takut jugak kalau-kalau dia cuba penaya aku pulak. Sat lagi pi rumah partner dia, tak tau apa pulak yang dia cerita. Lasts-last, nama aku busuk…apa pun tak dapat.

“Macam ni la.” Aku bagi tau. “Let’s be professional. Aku tak mau kacau apa yang hang nak buat, dan aku jugak tak mau terikat dengan hang. Kita set business terms…amacam?”

“OK…apa terms and condition hang?” Mami Rokiah tanya aku.

“Aku dah tolong hang satu hal…so Aku nak advance 30% komisyen. Hang bagi, aku boleh tolong hang lagi. Kalau hang tak mau bagi…kita cancel.”

Ha..ha.ha..Mami Rokiah gelak sakan. “OK.OK.OK Let’s go back”

Aku start kereta..terus jalan. Sampai kat Restoran Mami Rokiah, aku bagi kunci kereta kat dia. “ You drive!!” aku kata.

Mami Rokiah senyum meleret. Kami masuk kedalam restoran dan ……

Mami Rokiah memang pandai jaga pelanggan. Bukan takat 30%…lebih dari itu dia bagi.

“Sebetuinya…hang buat kerja apa, Fendi?” Mami Rokiah tanya aku.

“Aku buat kerja politik.” Aku bagi tau.

“Hang memang ada bakat jadi ahli politik. Ada bakat jadi EXCO.” Balas Mami Rokiah.

“Pasai apa hang kata lagu tu?” aku tanya.

“Aku dah biasa. Hang baru nak belajaq” kata Mami Rokiah.

“Tapi aku bagi tau kat hang la. Kalau aku jadi EXCO, aku tak buat macam depa.” Aku bagi tau Mami Rokiah.

Ha.Ha Mami Rokiah gelak. “Hang boleh kata la….pasai hang belum jadi EXCO!!”

Bersambung….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Blognovela : Mami Rokiah Bahagian 3"

Related Posts with Thumbnails